-->
lakaran pelangi

3 Januari 2010.


Tarikh keramat dalam hidupku. Ada apa dengan tarikh tu sebenarnya? Tarikh ni, nak kata istimewa sangat, tak da la sampai tahap tu. Tapi, di sini lah semuanya bermula. Tarikh Ina dimasukkan ke dalam wad. Seharian nurse mintak Ina berpuasa. 4 Jan 2010, Ina akan menjalani pembedahan. Wah!!!, Takutnya. Pertama kali dalam hidup nak masuk dewan bedah. Semua benda kena tanggal. Dalam hati, tak habis-habis doa. Supaya ini bukan kali terakhir Ina menatap wajah mk. Supaya Ina diberi peluang untuk menatap wajah mk lagi lepas ni. Ina janji juga, nak jaga mk nanti. Ina tengok, wajah mk mulai pucat apabila ina yang terbaring ditolak untuk dibawa ke dewan bedah. Ina pegang tangan mk, sambil berbicara Ina takkan apa-apa,mk. Ina okay! Sambil memberi senyuman yang paling indah. Hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu betapa Ina takut untuk dibedah. Masa dah tiba. Ina dibawa ke dewan bedah. Pintu demi pintu Ina dibawa. Akhirnya sampai jugak kat tempat bedah. Ina dimasukkan ubat bius. Doktor memanggil nama Ina, sehingga la Ina tertidur. Ina mendengar doktor memanggil2 nama Ina lagi. Bila Ina membuka mata, rasa sakit yang teramat sangat. Sayangnya Ina tak boleh bercakap. Ina rasa sejuk yang teramat sangat. Ina ingin bercakap nak cakap yang Ina sejuk, tapi waktu tu memang Ina tak boleh bercakap. Dengan wayar yang berserabut di leher Ina. Setelah doktor pasti yang keadaan Ina dah betul-betul stabil, Ina dibawa keluar dari dewan bedah tu. 4jam je pun kat dalam dewan bedah, tapi sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Hari pertama selepas selamat jalani pembedahan, Ina masih tak boleh bercakap. Ina tak boleh makan. Minum air pun sikit2 ja. Nak ke tandas, mk banyak membantu Ina. Terima kasih mk. Ayah datang kejap ja waktu malam. Terima kasih ayah. Ina tahu, ayah tersangat sibuk. Terima kasih sudi luangkan masa emas ayah untuk menolong Ina.
5 Jan 2010.
Hari yang paling bahagia untuk Ina. Bukan sebab Ina dah boleh kelur dari wad, tapi hari ni birthday Amier. Mohd Amir Firdaus Bin Mohd Ali. Amier ni, bff Ina. Best Friend Forever. Dan yang paling buat Ina bahagia, Amier janji nak datang melawat Ina. Itu yang membuat Ina rasa bahagia sangat. Ramai je yang datang melawat Ina dalam wad, tapi bila Amier yang nak datang ina gembira sangat. Ina kawan dengan Amier dari Form 2 sampai sekarang. Kami terpisah Form4 setelah Amier berpindah ke sekolah sains. Tu yang Ina excited giler bila dia nak datang. Dah lama tak jumpa Amier, walau pun kami sentiasa berhubung melalui telefon, tapi tak seseronok jumpa face to face. Bila dia dah sampai kat hospital, dia call Ina. Ina lupa nak bagitahu, yang Ina memang tak boleh nak bercakap. Nasib baik mk banyak membantu. Mk yang pergi jemput Amier kat tingkat bawah. Akhirnya, Amier sampai juga kat katil Ina. Wahhh! Bila ingat kembali, Ina rasa macam kelakar pun ada macam mana Ina dengan Amier bersoal jawan masa Ina kat dalam wad tu. OPsss, lupa. Amier datang melawat Ina dengan sepupu dia. Faqih. Handsome! Tapi tak Se handsome Amier larr..hehe.. Kami  berkomunikasi dengan cara, Ina tanya soalan kat Amier dan faqih guna fon. Ina taep apa yang Ina nak tahu pasal Amier kat fon, then Ina bagi Amier baca. So Sweet. Sabar je Amier melayan kerenah Ina. Mk pun tergelak dengan kerenah kami. Yang masih segar dalam ingatan Ina, mk cakap. Amier comel. Mk suka berbual dengan Amier. Ofcourse la mk, Amier kan bff Ina…hehe..Terima kasih semua, sudi ceriakan Ina yang waktu tu memang sedih sangat-sangat…malas da nak bercerita fasal dalam wad..hihi..
Awak….
Sampai sekarang pun Amier still bff Ina…
Jangan risau, Amier hanya bff…
Tak lebih dan takkan lebih…
Ina jarang hubungi Amier…
Biasa, bila Ina sedih Ina akan cari Amier…
Waktu result exam jatuh…
Waktu ina clash dengan pakwe…
Waktu Ina couple…
Waktu Ina tension…
Waktu Ina give up…
Ina akan cari Amier…
Frenz 4ever..&.&

Posted by Unknown at 04:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY