-->
lakaran pelangi

Terima Kasih Ibu!^_^



Terima Kasih Mk..,
Next week, ada test FM (Financial Management). Tengah asyik selak-selak buku, tiba-tiba ina rindu mk...Kenangan bersama mk datang menjenguk lagi…Aduh! Terharunya..Terima kasih mk…Ina tak mampu nak membalasnya…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Mk tak bosan ke asyik nak ulang-alik ke hospital teman kan ina? Eeeeee.. Bosannya  nak kena pergi  hospital sokmo…ina tak suka lah jumpa doktor..mk tolong lah faham ina..dah la kena ponteng kelas..eeee, tak suka la mk.kerjanya Jumpa doktor  je..Pastu doktor bagi ubat…Nak kena makan lah plak ubat tu…Haishh, dah la orang tak suka makan ubat…Bukan nya sedap pun ubat tu…Bermula lah hari-hari yang membosankan dalam hidupku..Medical check up! Dengar perkataan ni pun aku dah rimas….waaaa! tension aku.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Bermula masa Ina form3(2007)…
Ina:  Mk, ina kecik lagi kannn.Kenapa nak kena jumpa doktor? Ina tak suka la mk. Rimas lah. Dah la sakit Doktor tu cucuk2 ina. Mk, tak boleh ke kita tak payah pergi jumpa doktor dah?
Mk: Haish, budak ni. Mana boleh macam tu.. Nanti ina sakit, sapa yang susah?
Ina: Alaa mk ni. Ina sihat la.. Tengok ni, ina boleh jalan je(sambil berjalan). Ina sihat la mk.
Mk: ya2 ina sihat… Tapi kita kena jumpa doktor jugak,ina… Ina kan dah janji dengan doktor nak   datang lagi..
Ina: Mk nie… Ina tak suka jumpa doktor,mk. Yelah ,ina kena ponteng kelas lagi. Dah la nanti ina nak PMR. Mk tak kesian kat ina ke? Tiap-tiap minggu jumpa doktor. Dalam seminggu tu ada je nak kena ponteng kelas. Rimas la ina hidup macam ni. Rasa macam tak normal pun ada. Tak macam Fatin, macam kawan-kawan Ina yang lain. Boleh study dengan aman.
Mk: Sabar  ea sayang. Kita jumpa doktor kejap je. Ina dah sihat nanti, kita tak payah jumpa da.
Ina: (masa berlari laju meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai nak mengejar syllabus yang tertinggal tiap kali adanya medical check up). Sedar tak sedar, result trial PMR dah keluar…Berlari anak untuk berjumpa mk. Assalamualaikum mk. Ina dah balik.
Mk: Waalaikumusalam…Macam mana result trial?
Ina: Ina tersenarai dalam top 10 kat sekolah mk. Hehe…Mk doakan ina dapat capai target Ina ea mk.
Mk: Inshaa allah, mk sentiasa doakan ina.
Ina: Mk, kenapa ina sentiasa penat erk? Ina rasa macam nak tidur ja. Nak tidur dan tak nak bangun-bangun dah.
Mk: Haishhh, kenapa cakap macam tu. Tak elok… Mungkin Ina penat la tu..
Ina: Mk, kenapa ea ina tak boleh buat semua kerja yang macam akak buat? Ina teringin la mk. Ina teringin nak berkhemah macam akak. Tapi abe Hanif tu tak pernah bagi ina peluang. Ina masuk persatuan silat gayong pun dia suruh ina berhenti Tension la hidup macam ni. Semua benda tak boleh nak buat. Semua benda tak bagi. Dah tu, bila Ina nak belajar berdikari,mk…
Mk: Abe Hanif sayang ina la tu. Dia tak nak ina penat-penat je.
Ina: Result PMR dah keluar. Dan ina la orang yang paling sedih waktu tu. Ini yang ina rasa la..
Mk: Ina dapat berapa?
Ina: Mula lah menangis.. Ina tak nak cakap dengan sapa-sapa pun. Dalam hati, kan Ina dah cakap…Ina tak nak jumpa doktor. Tengok la sekarang, Ina tak dapat 8A pun untuk PMR ina. Sedangkan, dari dulu lagi memang itu lah impian Ina. Ina nak Sambung belajar kat sekolah berasrama penuh. Tapi sekarang semua hancur dalam sekelip mata je. Impian Ina tinggal kenangan jela sekarang. Mesti mk kecewa kan dengan Ina. Setiap kali mak2 sedara bertanya Ina dapat berapa PMR, air mata ni laju je mengalir membasahi pipi. Dah seminggu Ina tak cakap dengan mk. Asyik menangis dan berkurung dalam bilik je. Selera makan pun dah tak betul daaa…
Mk: Ina… Ina makan la. Ina tak kesian kat mk ke? Takpe…Mk tak kisah. Nanti  Ina boleh cuba lagi. Ina senyum la, mk rindu nak dengar Ina bercerita. Bergelak ketawa dengan mk. Ina tak sayang mk ke?
Ina: Ina sayang mk. Ina sayang mk sangat2. Tapi ungkapan ini hanya dalam hati je. Tak terluah..(Sambil menangis lagi)
Mk: SPM nanti Ina cuba lagi ea….
Ina: Mk… Ina takut untuk ada impian lagi. Ina takut untuk dapat semua A untuk SPM. Kalau Ina tak dapat, nanti  Ina akan menangis lagi. Masa berlalu dengan rutin yang sama. Medical check up, paling kurang dua minggu sekali. Yang lagi menyakitkan hati Ina, Medical check up tu kat hospital Kota Bharu. Lagi la jauh dari rumah Ina. Biasanya, kalau ada appointment dengan doktor, pukul 6 pagi dah bertolak dari rumah. Yang ni memang Ina tension. Tiap kali appointment, Ina dengan mk akan pergi dengan pakcik kereta sewa. Terima kasih pakcik! Mk, mk seorang yang tersangat penyabar dalam melayani kerenah-kerenah Ina. Yelah, bila Ina tak suka sesuatu tu, Ina akan marah-marah. Dan mk lah yang sudi mendengar semua luahan Ina. Dan kadang-kadang apabila Ina tersangat marah, Ina akan menangis macam baby. Mk akan peluk Ina sambil memujuk. Mk… Agak-agak nanti suami Ina boleh ke sabar macam mk bersabar dengan Ina?
Mk: Inshaa Allah, boleh sayang…Ina kan anak yang baik, suami Ina akan sayang Ina macam mk sayang Ina..
Ina: Mk…Hari ini, Ina baru tahu. Yang Ina ni sakit. Kerja Ina pulak asyik menyusahkan orang je. Mk… Kekawan Ina cakap, Ina Cuma nak tarik perhatian diaorag je. Mk, semua tu tak bear kan? Mk takkan tinggalkan Ina macam kekawan Ina kan ,MK?
Mk: Mk takkan tinggalkan Ina selagi mk masih diberi peluang untuk terus hidup di bumi allah,sayang. Ina jangan la fikir yang bukan-bukan. Ramai yang sayang Ina,sayang.
Ina: Result trial SPM dah keluar dah mk. Nanti kita akan pergi jumpa doktor kan,mk? Wahhh! Tak sabar rasanya. Mk, nanti result untuk medical check up Ina pun akan keluar jugak kan mk? Yeayyyy! Nanti dah tak payah jumpa doktor dah la kan mk? 3tahun duk ulang-alik jumpa doktor, bosan la mk. Dah la tiap kali pergi jumpa doktor, perkara yang wajib adalah ambik darah! Dah la orang takut darah! Dah tu plak tu, cocok kat leher kita yang cantekk ni semata-mata nak ambik isi untuk buat test. Sakit, mk. Sakit Sangat2,mk. Ina berlakon buat-buat tak sakit je depan mk. Sebab Ina taknak mk sedih kalau mk tengok puteri mk ni menangis.hehe. Sayangnya Ina kat mk, kan mk?
Mk: Macam-macam la Ina ni.(sambil tersenyum).
Ina: Hari ni jumpa doktor untuk ambik result. Wahhhh! Macam tak sabar je. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya namaku yang panjang dan unik itu dipanggil oleh nurse.
Nurse: Adik masuk bilik no 1 ea, jumpa doktor.
Ina: Okay! Disebabkan sentiasa datang, akak nurse ni pun dah boleh ingat daaaa..hehe..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sekarang dalam bilik doktor…Wahh! Berdebar-debar…
Doktor: Hazlina sihat? Okay, kita check kejap ea..
Ina: Sihat,doktor..okay, sambil kaki melangkah ke arah katil. Doktor pun mulakan kerja dia. Adusshhh, kena cocok lagi.. Sakit babe! Tak pernah rasa sebelum-sebelum ni. Sampaikan berair mata Ina. Doktor ni buat punya la slow-slow, tapi still rasa sakit. Huahuahua, memang sah Ina nangis.
Doktor: Tahan ea… Sikit ja lagi ni..
Ina: Sakit…,doktor….
Doktor: okay, dah. Kita ke meja kejap ea. Berdasarkan result pemeriksaan sebelum-sebelum ni, (lebih kurang macam ni lah kut ayat dia, Ina pun dah lupa da.haha) awak menghidap cancer.
Ina: what??? Cancer?? (doktor ni nak bergurau dengan aku ke?alahai doktor.dalam hati je la). Bahaya ke doktor? Sengaja Ina bagi soalan bodoh, sebab Ina memang tak boleh nak terima kenyataan. Dan Ina memang taknak percaya yang Ina penghidap cancer.
Doktor: Blablablabla,,,(huraian doktor)…Kita buat operation. Kalau boleh dalam masa yang terdekat. Takut nanti cancer tu merebak plak.
Ina: What??? Dah dua kali Ina asyik terkejut je. Boleh kena lemah jantung kalau macam ney.hehe…Saya taknak buat dalam masa terdekat, doktor. Saya nak hadapi SPM saya macam orang normal, kat dalam dewan exam bukan kat dalam wad. Apa-apa risiko, saya akan tanggung sendiri.
Doktor: Okay. Kalau macam tu, bagi saya tarikh untuk buat operation.
Ina: 3 Jan 2010. Setelah saya mengkaji baik buruk, risiko semasa operation tu, itu lah tarikh yang saya pilih.
(Bersambung….)
Posted by Unknown at 03:30
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY