-->
lakaran pelangi

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
SEBARKANN...
Posted by Unknown at 18:53 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kerana Awak Saya Kenal Allah! Dan Kerana Allah Saya Mencintai Awak!

Assalamualaikum awak. Apa khabar? Apa khabar imanmu? Saya doakan awak sentiasa sihat, sentiasa cintakan Allah dan dalam redha Ilahi senantiasa. Mungkin awak sedikit pelik la kan, pagi-pagi lagi awak dah dapat mesej yang "agak mengganggu emosi" dari saya. Saya minta maaf untuk itu.

Sejujurnya saya tak tahu nak mulakan dari mana. Jika nak dimulakan dari sekolah menengah, mungkin agak panjang jalan ceritanya. Saya yang comel ini (Alhamdulillah rezeki allah.hehe.mood bersyukur.) datang dari keluarga yang agak "teruji" sedikit sajje. Dulu saya tak faham apa itu takdir. Qada', qadar dan seangkatan dengannya. Semua tu saya tak tahu. Hehe tapi sekarang saya dah faham. Alhamdulillah! Syukur sangattt! Ok balik kepada cerita asal. Masa Form5 saya suka la sembang dengan awak, terutama dalam kelas cikgu Roshana.haha. Kalau mood malas saya mai dah, saya mesti amik seat yang belakang dan belakang, supaya senang untuk saya nak sembang.haha.(juruh sangatt!) Saya selalu berharap awak bercerita pasal keluarga awak kat saya (pada masa tu la) tapi sayangnya awak bukan seorang yang suka bercerita. Awak seorang yang suka berahsia!haha. Sangat berbeza dengan saya yang sukaaa sangat bercerita!

Lepas SPM, masa awak kat DQ, saya pernah cakap kat awak. Saya suka awak! Dan saya nak awak jadi suami saya. Respon awak cukup simple, kalau ada jodoh, insya allah. Sebulan lepas tu, saya tak contact awak da (kalau awak masih ingat la). Selama awak kat DQ, tiap kali saya ingat awak, rindukan awak, saya cari Allah untuk mengadu (sambil nanges2.hehe.tak maluuu!) semuaa tentang awak. Waktu tu, saya cukup kuat walaupun macam macam yang berlaku kepada saya. Diuji dengan kapel lah, kawan baik buat perangai comel lah dan macam macam lagi lah. Waktu tu jugak, cukup sukar untuk saya ungkapkan i miss you. i love u and so on. Awak tahu kenapa? Sebab saya ada Allah. Setiap hari saya tak sabar nak jumpa Allah sebab saya nak Dia mendengar semuaa cerita saya pasal awak.hehe. 2 tahun saya buat rutin yang hampir sama. Dalam cerita2 saya kat Allah tu, saya ngadu saya  rindu awak. Saya ngadu saya sayang awak. Lepas bercerita dengan Allah, saya pasti tenang. Yess! Sangat tenang! . Sikit pon saya tak risau atau takot awak ada perempuan lain ke, awak tak ingat saya kerrr, sebab saya yakin Allah jaga awak.

Masa awak pergi Madinah dan buat umrah, saya terasa hati dengan awak. Sebab awak tak forward mesej yang awak hantar kat kekawan untuk saya jugak.(sorry! Perangai macam budak-budak banyak! tapi dah memang terasa, nak buat macam mane kannn?haha) Saya tahu awak nak ke sana pon dari kawan baik awak. Sedihkan? Saya nanges jugak time tu. Dan saya mintak Allah tolong pujuk hati saya untuk itu. Alhamdulillah, lepas nanges tu saya dapat ilham. Erm, Mungkin mesej yang awak hantar tu awak nak bagitahu saya tapi saya dah tido kan. Kalau nanti nak pergi mana-mana lagi, bagitahu lah saya walaupun saya tak respon tapi saya akan baca. Insya Allah, saya takkan terasa hati daa.haha

Allah uji saya dengan awak di sisi saya. 2 tahun. 2 tahun saya contact awk. 2 tahun saya mesej awak, saya call awak. Macam macam saya rasa. Selama 2 tahun saya contact awak, memang bahagia! Orang yang kita sayang ada di sisi kan? Itulah yang saya rasa. Bahagia sangat bila saya sedih, awak ada. Bila saya nak bercerita, awak ada untuk mendengar. Bila saya susah, awak ada untuk tolong. Tapi, dalam bahagia itu terselit seribu duka sayang! Selama 2 tahun tu, saya terpaksa "berperang" dengan emosi sendiri bila mana saya cemburu. Hoho! Saya memang lah kuat cemburu, sebab cemburu tuu hobi saya!haha! Saya mula rasa takot kehilangan awak! Saya mula berfikir awak ada perempuan lain. Saya juga takot awak layan semuaa perempuan sama macam awak layan saya. haha. Tengok! Berapa banyak buat sayaa takot daaa! Dan semuaa tu buat saya penat! Sedangkan sebelum ni (semasa awak kat DQ dan saya tak contact awak) saya begitu yakin Allah jagakan awak untuk saya. (mood perasaaaaaannn!haha).
Selama 2 tahun jugak, macam macam saya belajar dari awak. Secara langsung dan juga tak langsung. Saya dah tinggalkan semuaa abang2 angkat saya. Saya sendiri sampai sekarang pon susah nak percaya yang saya boleh tinggalkan mereka. Terima kasih awak! Credit untuk awak! Selama 2 tahun ni jugak, dalam hati saya penuh dengan sayang. Tiada lagi benci, geram and so on. Kalau ada pon, tidak lah seteruk dulu. Selama 2tahun jugak, saya belajar dari awak untuk lebih bersabar. Sampai sekarang saya ingat, awak pernah bagitahu saya, orang yang sabar itu Allah sayangg! Dan saya nak menjadi salah seorang dari mereka (walaupun jauh je lagi.haha). Saya tak tahu macam mana awak boleh bersabar dengan saya. Macam saya cakap semalam, im LIMITED edition, so calang-calang orang sajje yang boleh handle emosi saya.hehe. Terima kasih awak untuk semuaa nya!

Kerana awak, saya kenal Allah. Kerana Allah, saya sayang awak! Kerana Allah, saya perlu buat semuaa ni. Kerana Allah jugak, awak kena tolong saya!

Awak lebih tahu pasal agama berbanding saya (saya agak jela ni), jadi saya perlukan pertolongan awak untuk saya jaga awak. Awak setuju ke tak, awak memang kena tolong saya jugak! Kalau saya, saya akan buat apa sajje untuk orang yang saya sayang. Saya sanggup susahkan diri saya untuknya. Saya sanggup saya yang menangis, janji orang yang saya sayang tu bahagia. Saya sanggup ketepikan perasaan saya untuk menjaga perasaan orang yang saya sayang. Soalan saya untuk awak, adakah awak pon sama macam saya? 2 tahun kita contact, saya perhatikan. Awak sanggup susah untuk saya senang, awak sanggup ketepikan perasaan awak untuk menjaga perasaan saya, awak sanggup bersabar dengan pelbagai karenah saya yang pelik dan unik, awak sanggup buat apa je asalkan saya tak cemburu. Soalan saya untuk awak, adakah awak sayang saya? Awak perlu jawab soalan2 ini! Tapi bukan kepada saya, tapi tolong jawab soalan ini untuk diri awak.

Setiap kali saya contact awak, saya rasa bersalah taw! Kat semuaa orang. Kat keluarga saya, kat keluarga awak, kat your future wife(s) pom (kalau saya bukan jodoh awak lah.haha.mood perasannn). Terutama kat your beloved mom! 2 kali saya jumpa your mom. Bila plak saya nak kena jumpa your mom lagi untuk mintak maaf duk kacau iman anak teruna dia ni? Erm? Boleh tak awak tolong saya? Awak sayang saya ke awak tak sayang saya ke, awak memang kena tolong saya! Saya nak mintak awak tolong saya. Kalau saya duk mesej awak tu, awak pilih pilih la nak reply pon. Kalau yang tak penting tu, tak payah la reply! Saya nak tak mesej awak, saya sendiri tak taw boleh ka tidak. haha. Saya cubaa untuk tidak mesej awak, tapi tula. Susah! Saya memang perlukan pertolongan awak. Tapi ini bukan bererti saya tak nak kawan dengan awak da. Saya cuma nak kurangkan contact. Saya pon tak nak, orang yang saya sayang kerana Allah, susah di hadapan Allah nanti. Saya sayangg kat awak. Sebab sayanggg la saya kena buat ni. Tapi saya tak cukup kuat lah, sebab benda ni susah untuk saya. So saya perlukan pertolongan awak. (Macam keling sikit tapi saya tahu awak faham kann?)

Awak sudi kan tolong saya kerana Allah kan? Bukan nak kata saya ni baik sangattt! Tapi semuaa orang tegur saya, sayangg tak jaga leklok. Tak semuaa orang dapat! Hanya orang yang tertentu sajje, dan yang pastinya orang yang Allah sayang lahh!(Mungkin lain yang saya maksudkan, tapi lain yang awak faham. Saya tahu tuu!haha.) Sayanggg 30Juzuk tuu! Saya sendiri pon sampai sekarang tak ingat-ingat lagiiii. Sedangkan awak, yang dah hafiz tuu, kalau Allah tarik balik kerana saya duk "kacau" awak, memang sedih la dan rugi yang amatttt!

Masa saya tulis, air mata laju je. Saya menangis.(Memang hobi saya sukaaa menangesss! Cover maluuu) Sangat susah taw nak "berperang" dengan perasaan sendiri. Tambah tambah saya perempuan. Berkait plak dengan orang yang palingggg saya sayang! Palingggg rapat dengan saya. Palinggg banyak luangkan masa dengan saya. Palingg banyak bantu saya. Palingg banyak mendengar cerita saya selepas Allah. Palinggg memahami saya. Palinggg mempengaruhi kehidupan saya. Kerana Awak saya kenal Allah, kerana Allah saya sayanggg awak!

Saya harap, lepas ni pon awak masih sudi tolong saya. Masih sudi mendengar cerita cerita saya (awak tak perlu la reply mesej saya). Masih sudi doakan untuk saya ea. Saya sangat liat untuk memakai sarung kaki. Suatu hari, saya tertengok seorang hamba Allah ni post kat wechat. Dia kata, perempuan sangat anti dengan poligami or berkongsi suami(memang kena dengan saya lah tak suka poligami sebab dah rasa sendiri pengalaman dari kecik lagi), tapi perempuan sendiri berkongsi dengan bribu lelaki auratnya(tak pakai sarung kaki). Tersentap! Saya pakai sarung kaki kadang kadang je sebelum ni. Mohon doakan saya ea, supaya saya lebih istiqomah pakai sarung kaki dan hand sort!

Saya mintak maaf untuk semuaa salah saya ea. Terutama part yang kacau iman awak tu. Sempena bulan zulhijjah yang suci ini, saya berazam untuk kembalikan rutin saya 2tahun yang lalu, rutin bercerita kat kekasih hati semuaa tentang awak kat Allah. Mohon doakan saya taw! Jujurnya, memang saya sukaa awak sentiasa ada di sisi saya bila saya perlukan awak, tapi belom tentu Allah redha kan? Selamat hari Raya, saya mintak maaf untuk semuaa salah saya kat awak ea. Kalau ada jodoh dengan awak, Alhamdulillah. Saya sukaaaaaaaaaa sangat! haha. Dan Bahagia, insya allah.  (saya bukan nak kawen dengan ustaz tapi saya nak kawen dengan awak lah.siapa pon awak). Kalau takda, insya allah saya redha."...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(al-baqarah:216)
Posted by Unknown at 13:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PENGEDAR SHAKLEE DIPERLUKAN


Kami memerlukan Pengedar Shaklee di seluruh negara.Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee :

1. Shaklee adalah jenama TERKENAL & BERKUALITI

Shaklee adalah jenama terkenal yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kualiti produknya dan harganya yg sangat affordable compare to produk2 lain dipasaran.

2. MODAL dan RISIKO yang RENDAH

Tidak seperti bisnes lain yang memerlukan modal yang tinggi (dan risiko yang tinggi), hanya modal serendah RM65 sahaja di perlukan untuk pendaftaran seumur hidup sebagai Pengedar Shaklee. Tidak ada yuran atau komitmen bulanan.

3. Harga AHLI YANG RENDAH

Semua Pengedar Shaklee boleh membeli produk Shaklee dengan harga yang lebih rendah. Jika anda seorang PENGGUNA TEGAR Shaklee, lebih baik anda mendaftar terus sebagai AHLI SHAKLEE walaupun tidak mahu berniaga.

Ini kerana anda dapat mengumpul point dan Shaklee akan memberi CASH BONUS daripada point tersebut. Ia ala-ala seperti Jusco Card, Tesco Card, Bonus Link. Kumpul point dan dapat BONUS.

4. BONUS yang LUMAYAN

Shaklee menawarkan pakej bonus yang lumayan kepada setiap Pengedar berdasarkan jualan. Ini termasuk bonus wang tunai, bonus kereta, percutian/ haji dan umrah dan banyak lagi. Lagi banyak jualan, lagi banyak bonus anda. Anda tentukan.

Jika tiada jualan jangan risau kerana anda tidak di kenakan sebarang caj atau komitmen bulanan. Cuma tiadalah bonus. Jadi tiada risiko di pihak anda.

5. Peluang MENJANA PENDAPATAN dengan MUDAH

Anda boleh menjadi pengedar Shaklee secara part time. Sama ada anda bekerjaya ataupun surirumah, bisnes Shaklee sangat sesuai utk anda !! Ini kerana anda masih boleh membuat kerja seharian dan menguruskan bisnes Shaklee kerana ianya mudah. Semuanya secara online sahaja yang mana anda tidak perlu keluar dari rumah even ke pejabat pos pun. Sgt mudah dan jimat !!

6. Sistem online & PENGHANTARAN yang MUDAH

Shaklee mempunyai sistem online yang mudah di gunakan. Anda tidak perlu lagi pergi ke branch shaklee untuk mengambil produk dan kemudian ke pejabat pos untuk diposkan kepada pelanggan.

Order boleh dibuat melalui sistem online Shaklee dan produk akan di hantar terus oleh Shaklee kepada pelanggan anda melalui courier. Mudah dan menjimatkan masa dan wang anda.

7. Eksklusif SUPPORT GROUP yang sangat HEBAT

Dengan menyertai Shaklee sebagai pengedar dibawah naungan Spectacular, anda akan dijemput khas ke support group yang hebat untuk sama-sama membantu anda memahami produk Shaklee dan teknik & tips utk bisnes secara online.

**AMARAN !!**

TAWARAN seperti diatas ini mungkin anda tidak perolehi jika mendaftar dengan orang lain selain Spectacular under Ina ya. Dan saya tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat BONUS seperti yang dinyatakan !!!

Berminat??

Sms@whatsapp : 013-9749718





"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
Posted by Unknown at 02:16 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kehebatan dan Kebaikan Vivix Shaklee


Assalamualaikum.. Apa Khabar? Ina doakan moga semua dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.*_*
Hari ini ina nak bercerita mengenai Vivix Shaklee! Vivix tu apa sebenarnya? Pernah dengar ke cerita pasal vivix ni? Apa kehebatannya? Jom kita baca untuk mengetahui mengapa ramai jatuh cinta dengan kehebatan dan kebaikan vivix shaklee ni?



Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee atau juga terkenal dengan tonik ajaib kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 
Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)



Siapa yang perlu vivix ni?





Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun




Masih tak percaya bahawa Vivix ni power? Jom kita baca testimoni di bawah ini...









Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun
Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Konsiltasi 100% akan diberikan, Insya allah. Cik vivix ni kita hanya makan satu sudu tea sahaja sehari setiap pagi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi ina di talian:

FB: Hazlina Awang
No Fon: 013-9749718

Untuk ORDER ONLINE :

Sila klik link ini : https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ad30909a800fd5c58d0339942b658a71


Posted by Unknown at 23:04 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Indahnya seorang wanita..Thought this was lovely



Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Mother's Love Indahnya seorang wanita..Thought this was lovely

Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai! - Harian Islam Dot Com
Posted by Unknown at 02:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

CABAR DIRI UNTUK TAHAJUD



CABAR DIRI UNTUK TAHAJUD
Sharing Master Cery
Saya nak Ina cabar diri untuk solat tahajud malam ni dan malam-malam seterusnya.
Saya tahu semua sedang focus untuk closing. Tapi saya mohon baca apa yang ingin saya tulis. Malam ni sambil baring-baring tu, sambil fikir esok kita nak buat apa tu, saya nak anda cabar diri untuk solat tahajud malam ni. *_*
Kenapa kena tahajud?
# Tanda terima kasih bersyukur padanya atas nikmat yang banyak tidak terkira. Solat tahajud bukan untuk orang yang berniaga je. Tapi semua orang kena amalkan sebab nikmat Allah tak terbatas untuk sesetengah orang sahaja. Masih mahu berkira-kira? Masih mahu mengeluh? Astaghfirullah. Nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bercakap, nikmat berjalan, nikmat merasa. Yang tak ternilai. Nikmat iman dan nikmat islam. Nikmat udara yang dihirup. Belum masuk nikmat enjoy buat bisnes ni. Dan segala macam nikmat lain. Masya-Allah. Tak terlist kat sini. Malam ni sebelum tidur, kita renung balik semua nikmat yang kita dapat sepanjang harini. Sedangkan kalau kawan kita bagi apa-apa hatta sepotong kek, kita terima kasih bukan main. Apatah lagi Tuhan yang mencipta kita. Saya mohon kepada semua, jangan leka dan lalai dengan apa yang kita dah dapat selama ni. Semua tu Allah yang punya.
# Tanda kita ni hambanya. Kerana kita ni saaaangat lemah! Tinggi mana pun pangkat kita kat office, tinggi mana pun pangkat kita dalam bisnes ni, kita ni hamba yang tak punya apa-apa. Banyak mana pun yang kita nak, tanpa izinnya, kita takkan dapat. Jangan berkira sangat nak solat tahajud. Solat tahajud semua orang kena amalkan, bukan orang yang nak buat bisnes jer! Sila LAWAN nafsu kita. Lawan dengan diri sendiri  yang suka sangat dengan tilam dan bantal tu!
# Tanda kita memerlukannya lebih dari yang lain. Ada 1001 wishlist yang kita nak dalam hidup. Semua tu tak mustahil boleh tercapai dengan kekuasaannya. Allah maha Kaya. Berdoalah padanya mohon kekuatan untuk meneruskan perjuangan bisnes ni. Berdoalah padanya mohon agar kita sentiasa ingat kepadanya. Doalah untuk orang-orang yang kita sayang. Siapa? Diri kita, keluarga, anak-anak, anak-anak bisnes, kaum kerabat, orang islam, dan semua makhluknya. 
*Tahajud itu sumber kekuatan dalaman yang sangat utuh. Jika dalaman kita utuh, insya-Allah apa jua cabaran pasti kita mampu menghadapinya. Apa jua yang kita perolehi, kita akan tenang. Kerana kita yakin Allah bersama kita. Ingat yer, bila diri tenang. insya-Allah hasil kerja akan menjadi.

Sesungguhnya peringatan ini untuk diri sendiri moga bermanfaat buat semua. ^_^





Posted by Unknown at 02:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY