Assalamualaikum awak. Apa khabar? Apa khabar imanmu? Saya doakan awak sentiasa sihat, sentiasa cintakan Allah dan dalam redha Ilahi senantiasa. Mungkin awak sedikit pelik la kan, pagi-pagi lagi awak dah dapat mesej yang "agak mengganggu emosi" dari saya. Saya minta maaf untuk itu.
Sejujurnya saya tak tahu nak mulakan dari mana. Jika nak dimulakan dari sekolah menengah, mungkin agak panjang jalan ceritanya. Saya yang comel ini (Alhamdulillah rezeki allah.hehe.mood bersyukur.) datang dari keluarga yang agak "teruji" sedikit sajje. Dulu saya tak faham apa itu takdir. Qada', qadar dan seangkatan dengannya. Semua tu saya tak tahu. Hehe tapi sekarang saya dah faham. Alhamdulillah! Syukur sangattt! Ok balik kepada cerita asal. Masa Form5 saya suka la sembang dengan awak, terutama dalam kelas cikgu Roshana.haha. Kalau mood malas saya mai dah, saya mesti amik seat yang belakang dan belakang, supaya senang untuk saya nak sembang.haha.(juruh sangatt!) Saya selalu berharap awak bercerita pasal keluarga awak kat saya (pada masa tu la) tapi sayangnya awak bukan seorang yang suka bercerita. Awak seorang yang suka berahsia!haha. Sangat berbeza dengan saya yang sukaaa sangat bercerita!
Lepas SPM, masa awak kat DQ, saya pernah cakap kat awak. Saya suka awak! Dan saya nak awak jadi suami saya. Respon awak cukup simple, kalau ada jodoh, insya allah. Sebulan lepas tu, saya tak contact awak da (kalau awak masih ingat la). Selama awak kat DQ, tiap kali saya ingat awak, rindukan awak, saya cari Allah untuk mengadu (sambil nanges2.hehe.tak maluuu!) semuaa tentang awak. Waktu tu, saya cukup kuat walaupun macam macam yang berlaku kepada saya. Diuji dengan kapel lah, kawan baik buat perangai comel lah dan macam macam lagi lah. Waktu tu jugak, cukup sukar untuk saya ungkapkan i miss you. i love u and so on. Awak tahu kenapa? Sebab saya ada Allah. Setiap hari saya tak sabar nak jumpa Allah sebab saya nak Dia mendengar semuaa cerita saya pasal awak.hehe. 2 tahun saya buat rutin yang hampir sama. Dalam cerita2 saya kat Allah tu, saya ngadu saya rindu awak. Saya ngadu saya sayang awak. Lepas bercerita dengan Allah, saya pasti tenang. Yess! Sangat tenang! . Sikit pon saya tak risau atau takot awak ada perempuan lain ke, awak tak ingat saya kerrr, sebab saya yakin Allah jaga awak.
Masa awak pergi Madinah dan buat umrah, saya terasa hati dengan awak. Sebab awak tak forward mesej yang awak hantar kat kekawan untuk saya jugak.(sorry! Perangai macam budak-budak banyak! tapi dah memang terasa, nak buat macam mane kannn?haha) Saya tahu awak nak ke sana pon dari kawan baik awak. Sedihkan? Saya nanges jugak time tu. Dan saya mintak Allah tolong pujuk hati saya untuk itu. Alhamdulillah, lepas nanges tu saya dapat ilham. Erm, Mungkin mesej yang awak hantar tu awak nak bagitahu saya tapi saya dah tido kan. Kalau nanti nak pergi mana-mana lagi, bagitahu lah saya walaupun saya tak respon tapi saya akan baca. Insya Allah, saya takkan terasa hati daa.haha
Allah uji saya dengan awak di sisi saya. 2 tahun. 2 tahun saya contact awk. 2 tahun saya mesej awak, saya call awak. Macam macam saya rasa. Selama 2 tahun saya contact awak, memang bahagia! Orang yang kita sayang ada di sisi kan? Itulah yang saya rasa. Bahagia sangat bila saya sedih, awak ada. Bila saya nak bercerita, awak ada untuk mendengar. Bila saya susah, awak ada untuk tolong. Tapi, dalam bahagia itu terselit seribu duka sayang! Selama 2 tahun tu, saya terpaksa "berperang" dengan emosi sendiri bila mana saya cemburu. Hoho! Saya memang lah kuat cemburu, sebab cemburu tuu hobi saya!haha! Saya mula rasa takot kehilangan awak! Saya mula berfikir awak ada perempuan lain. Saya juga takot awak layan semuaa perempuan sama macam awak layan saya. haha. Tengok! Berapa banyak buat sayaa takot daaa! Dan semuaa tu buat saya penat! Sedangkan sebelum ni (semasa awak kat DQ dan saya tak contact awak) saya begitu yakin Allah jagakan awak untuk saya. (mood perasaaaaaannn!haha).
Selama 2 tahun jugak, macam macam saya belajar dari awak. Secara langsung dan juga tak langsung. Saya dah tinggalkan semuaa abang2 angkat saya. Saya sendiri sampai sekarang pon susah nak percaya yang saya boleh tinggalkan mereka. Terima kasih awak! Credit untuk awak! Selama 2 tahun ni jugak, dalam hati saya penuh dengan sayang. Tiada lagi benci, geram and so on. Kalau ada pon, tidak lah seteruk dulu. Selama 2tahun jugak, saya belajar dari awak untuk lebih bersabar. Sampai sekarang saya ingat, awak pernah bagitahu saya, orang yang sabar itu Allah sayangg! Dan saya nak menjadi salah seorang dari mereka (walaupun jauh je lagi.haha). Saya tak tahu macam mana awak boleh bersabar dengan saya. Macam saya cakap semalam, im LIMITED edition, so calang-calang orang sajje yang boleh handle emosi saya.hehe. Terima kasih awak untuk semuaa nya!
Kerana awak, saya kenal Allah. Kerana Allah, saya sayang awak! Kerana Allah, saya perlu buat semuaa ni. Kerana Allah jugak, awak kena tolong saya!
Awak lebih tahu pasal agama berbanding saya (saya agak jela ni), jadi saya perlukan pertolongan awak untuk saya jaga awak. Awak setuju ke tak, awak memang kena tolong saya jugak! Kalau saya, saya akan buat apa sajje untuk orang yang saya sayang. Saya sanggup susahkan diri saya untuknya. Saya sanggup saya yang menangis, janji orang yang saya sayang tu bahagia. Saya sanggup ketepikan perasaan saya untuk menjaga perasaan orang yang saya sayang. Soalan saya untuk awak, adakah awak pon sama macam saya? 2 tahun kita contact, saya perhatikan. Awak sanggup susah untuk saya senang, awak sanggup ketepikan perasaan awak untuk menjaga perasaan saya, awak sanggup bersabar dengan pelbagai karenah saya yang pelik dan unik, awak sanggup buat apa je asalkan saya tak cemburu. Soalan saya untuk awak, adakah awak sayang saya? Awak perlu jawab soalan2 ini! Tapi bukan kepada saya, tapi tolong jawab soalan ini untuk diri awak.
Setiap kali saya contact awak, saya rasa bersalah taw! Kat semuaa orang. Kat keluarga saya, kat keluarga awak, kat your future wife(s) pom (kalau saya bukan jodoh awak lah.haha.mood perasannn). Terutama kat your beloved mom! 2 kali saya jumpa your mom. Bila plak saya nak kena jumpa your mom lagi untuk mintak maaf duk kacau iman anak teruna dia ni? Erm? Boleh tak awak tolong saya? Awak sayang saya ke awak tak sayang saya ke, awak memang kena tolong saya! Saya nak mintak awak tolong saya. Kalau saya duk mesej awak tu, awak pilih pilih la nak reply pon. Kalau yang tak penting tu, tak payah la reply! Saya nak tak mesej awak, saya sendiri tak taw boleh ka tidak. haha. Saya cubaa untuk tidak mesej awak, tapi tula. Susah! Saya memang perlukan pertolongan awak. Tapi ini bukan bererti saya tak nak kawan dengan awak da. Saya cuma nak kurangkan contact. Saya pon tak nak, orang yang saya sayang kerana Allah, susah di hadapan Allah nanti. Saya sayangg kat awak. Sebab sayanggg la saya kena buat ni. Tapi saya tak cukup kuat lah, sebab benda ni susah untuk saya. So saya perlukan pertolongan awak. (Macam keling sikit tapi saya tahu awak faham kann?)
Awak sudi kan tolong saya kerana Allah kan? Bukan nak kata saya ni baik sangattt! Tapi semuaa orang tegur saya, sayangg tak jaga leklok. Tak semuaa orang dapat! Hanya orang yang tertentu sajje, dan yang pastinya orang yang Allah sayang lahh!(Mungkin lain yang saya maksudkan, tapi lain yang awak faham. Saya tahu tuu!haha.) Sayanggg 30Juzuk tuu! Saya sendiri pon sampai sekarang tak ingat-ingat lagiiii. Sedangkan awak, yang dah hafiz tuu, kalau Allah tarik balik kerana saya duk "kacau" awak, memang sedih la dan rugi yang amatttt!
Masa saya tulis, air mata laju je. Saya menangis.(Memang hobi saya sukaaa menangesss! Cover maluuu) Sangat susah taw nak "berperang" dengan perasaan sendiri. Tambah tambah saya perempuan. Berkait plak dengan orang yang palingggg saya sayang! Palingggg rapat dengan saya. Palinggg banyak luangkan masa dengan saya. Palingg banyak bantu saya. Palingg banyak mendengar cerita saya selepas Allah. Palinggg memahami saya. Palinggg mempengaruhi kehidupan saya. Kerana Awak saya kenal Allah, kerana Allah saya sayanggg awak!
Saya harap, lepas ni pon awak masih sudi tolong saya. Masih sudi mendengar cerita cerita saya (awak tak perlu la reply mesej saya). Masih sudi doakan untuk saya ea. Saya sangat liat untuk memakai sarung kaki. Suatu hari, saya tertengok seorang hamba Allah ni post kat wechat. Dia kata, perempuan sangat anti dengan poligami or berkongsi suami(memang kena dengan saya lah tak suka poligami sebab dah rasa sendiri pengalaman dari kecik lagi), tapi perempuan sendiri berkongsi dengan bribu lelaki auratnya(tak pakai sarung kaki). Tersentap! Saya pakai sarung kaki kadang kadang je sebelum ni. Mohon doakan saya ea, supaya saya lebih istiqomah pakai sarung kaki dan hand sort!
Saya mintak maaf untuk semuaa salah saya ea. Terutama part yang kacau iman awak tu. Sempena bulan zulhijjah yang suci ini, saya berazam untuk kembalikan rutin saya 2tahun yang lalu, rutin bercerita kat kekasih hati semuaa tentang awak kat Allah. Mohon doakan saya taw! Jujurnya, memang saya sukaa awak sentiasa ada di sisi saya bila saya perlukan awak, tapi belom tentu Allah redha kan? Selamat hari Raya, saya mintak maaf untuk semuaa salah saya kat awak ea. Kalau ada jodoh dengan awak, Alhamdulillah. Saya sukaaaaaaaaaa sangat! haha. Dan Bahagia, insya allah. (saya bukan nak kawen dengan ustaz tapi saya nak kawen dengan awak lah.siapa pon awak). Kalau takda, insya allah saya redha."...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(al-baqarah:216)
No comments:
Post a Comment