-->
lakaran pelangi

CABAR DIRI UNTUK TAHAJUD



CABAR DIRI UNTUK TAHAJUD
Sharing Master Cery
Saya nak Ina cabar diri untuk solat tahajud malam ni dan malam-malam seterusnya.
Saya tahu semua sedang focus untuk closing. Tapi saya mohon baca apa yang ingin saya tulis. Malam ni sambil baring-baring tu, sambil fikir esok kita nak buat apa tu, saya nak anda cabar diri untuk solat tahajud malam ni. *_*
Kenapa kena tahajud?
# Tanda terima kasih bersyukur padanya atas nikmat yang banyak tidak terkira. Solat tahajud bukan untuk orang yang berniaga je. Tapi semua orang kena amalkan sebab nikmat Allah tak terbatas untuk sesetengah orang sahaja. Masih mahu berkira-kira? Masih mahu mengeluh? Astaghfirullah. Nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bercakap, nikmat berjalan, nikmat merasa. Yang tak ternilai. Nikmat iman dan nikmat islam. Nikmat udara yang dihirup. Belum masuk nikmat enjoy buat bisnes ni. Dan segala macam nikmat lain. Masya-Allah. Tak terlist kat sini. Malam ni sebelum tidur, kita renung balik semua nikmat yang kita dapat sepanjang harini. Sedangkan kalau kawan kita bagi apa-apa hatta sepotong kek, kita terima kasih bukan main. Apatah lagi Tuhan yang mencipta kita. Saya mohon kepada semua, jangan leka dan lalai dengan apa yang kita dah dapat selama ni. Semua tu Allah yang punya.
# Tanda kita ni hambanya. Kerana kita ni saaaangat lemah! Tinggi mana pun pangkat kita kat office, tinggi mana pun pangkat kita dalam bisnes ni, kita ni hamba yang tak punya apa-apa. Banyak mana pun yang kita nak, tanpa izinnya, kita takkan dapat. Jangan berkira sangat nak solat tahajud. Solat tahajud semua orang kena amalkan, bukan orang yang nak buat bisnes jer! Sila LAWAN nafsu kita. Lawan dengan diri sendiri  yang suka sangat dengan tilam dan bantal tu!
# Tanda kita memerlukannya lebih dari yang lain. Ada 1001 wishlist yang kita nak dalam hidup. Semua tu tak mustahil boleh tercapai dengan kekuasaannya. Allah maha Kaya. Berdoalah padanya mohon kekuatan untuk meneruskan perjuangan bisnes ni. Berdoalah padanya mohon agar kita sentiasa ingat kepadanya. Doalah untuk orang-orang yang kita sayang. Siapa? Diri kita, keluarga, anak-anak, anak-anak bisnes, kaum kerabat, orang islam, dan semua makhluknya. 
*Tahajud itu sumber kekuatan dalaman yang sangat utuh. Jika dalaman kita utuh, insya-Allah apa jua cabaran pasti kita mampu menghadapinya. Apa jua yang kita perolehi, kita akan tenang. Kerana kita yakin Allah bersama kita. Ingat yer, bila diri tenang. insya-Allah hasil kerja akan menjadi.

Sesungguhnya peringatan ini untuk diri sendiri moga bermanfaat buat semua. ^_^





Posted by Unknown at 02:29
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

16714

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY