Kalenjar Tiroid
Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian bawah leher, iaitu di antara kulit dan peti suara. Kelenjar ini merupakan organ penting yang mengawal metabolisme dan bertanggungjawab terhadap fungsi normal setiap sel badan. Kelenjar tiroid menhhasilkan sejenis hormone yang dikenali sebagai tiroksina (T4) dan triiodotironina (T3) yang dirembeskan ke dalam aliran darah.
Iodine merupakan juzuk penting dalam kedua-dua hormone ini dimana T4 mempunyai empat atom iodine dalam setiap molekulnya manakal T3 mengandungi tiga atom iodine padanya. T4 akan mula menjadi aktif apabila ia melepaskan satu atom iodine yang ada padanya dan menjadi T3. Proses ini biasanya berlaku dalam hati.
Bagi individu yang sihat, jumlah T3 dan T4 dalam darah dikekalkan pada tahap tertantu oleh hormone yang dikenal sebagai hormone perangsang tiroid atau Tiroid Stimulating Hormone (TSH). Hormon TSH dirembeskan oleh kelenjar pituitary anterior yang terletak betul-betul di belakang mata serta terlindung dalam lekukan bertulang dalam tulang pangkal tengkorak. Hormon ini akan mengawal penghasilan T3 dan T4 oleh kelenjar tiroid melalui proses 'suap balik negatif'. Jika hormon tiroksina dalam darah meningkat, TSH akan dihentikan untuk menghentikan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid dan jika hormon tiroksina kurang dalam darah, TSH akan dirembeskan untuk merangsang penghasilan hormon.
Jika anda mengalami keadaan kelenjar tiroid lampau aktif (hipertiroidisme), paras hormone T3 dan T4 akan menjadi tinggi dan paras TSH akan menjadi rendah. Jika nada mengalami keadaan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroidisme) hormone T3 dan T4 akan menjadi rendah dan paras TSH akan menjadi tinggi.
Gangguan tiroid merupakan perkara biasa. Keadaan hipertiroidisme, hipotiroidisme, pertumbuhan tidak normal atau pembesaran kelenjar (goiter atau nodul tiroid) dialami oleh kira-kira seorang dalam 20 orang. Kebanyakan penyakit tiroid berjaya dirawat sepenuhnya dan kanser tiroid sekali pun, walau jarang berlaku tidak akan mengurangkan jangka hayat seseorang jika dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment