-->
lakaran pelangi

Buat Kamu..

# menyusun rapat sepuluh jari
# merendahkan diri serendah mungkin

kawan..
maafkan aku andai aku pernah menjadi kebencianmu..
maafkan aku andai aku pernah menjadi musuhmu..
maafkan aku andai sedikit sebanyak mengguris perasaanmu..
maafkan aku andai kamu menjadi umpatanku secara sengaja ataupun tidak..
maafkan aku andai ada ketikanya aku bukanlah yang terbaik dan bukan seperti yang diharapkan..

aku memohon kemaafan daripada setiap seorang, maafkan diri yang khilaf ini..
aku mintak maaf..
Posted by Unknown at 03:01 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monolog seorang suami tentang cinta sejati…




     Sudah pun berlalu 6205 malam bersama mu, 17 tahun usia perkahwinan kita. Tahun pertama semua indah belaka, kamu dimanja dan di cinta sepenuh jiwa sampai lahirlah ke dunia bayi pertama bukti cinta kita.
     Setelah kamu tidak lagi bersungguh melayani kerana separuh kasih mu harus dibahagi untuk seorang bayi maka bermulalah bantahan pertama yang menggores rasa hati. Mengapa kamu tak secantik dulu, mengapa harum mu tidak lagi mendamaikan jiwa ku? Mengapa mata mu tak lagi ghairah yang ada hanya resah. Resah yang aku harap hanya untuk ku bukan yang lain. Mengapa pelukan mu tak lagi singgah, ia telah berpindah. Menjadi dakapan indah untuk anak kecil mu. Oh isteri, rupanya engkau sudah menjadi ibu.
     Tidak salah kah jika aku mencari seorang kekasih yang sepenuh hati sudi menemani seperti mu dulu? Aku hanyut dibelai kasih sayang yang palsu. Namun kamu tetap menanti ku penuh keinsafan. Aku yang berkhianat mengapa kamu yang meminta maaf? Kata mu semua khilaf ku adalah salah mu, kamu punca segala penyelewengan ku.
     Padahal aku yang tidak memahami perubahan seorang isteri menjadi ibu. Air mata mu itu yang membuat ku teringat kasih bonda ku. Malangnya seorang lelaki jika menyakiti wanita, dia terpaksa mengenang kesakitan ibunya.
     Inilah yang membuat ku kembali kepada mu, ibu anak-anakku. Perkahwinan ini telah mengajar ku tentang makna kehidupan. Berkongsi suka duka, kesudian mengalah. Berbahagi beban, belajar makna tak mahu beralah.
     Beribu malam bersama mu, semakin jelas wajah dunia. Dunia mu semakin mempesona ku. Semua tentang kamu, sabar dan tenang tika aku cemas dan ganas. Enggan mendesak tak pernah sekali mengancam atas kelemahan ku. Kamu anggap aku segala-galanya yang terbaik. Sedangkan aku selalu tidak berpuas hati tentang mu.
     Segala pencapaian ku selalu menjadi kebanggaan mu. Sedangkan aku malas mengakui jasa-jasa mu. Kebaikan mu hanya hujung kuku terkubur oleh kehebatan ku dari hujung rambut ke hujung kaki. Kamu hanya isteri yang boleh dicari ganti jika kelemahan mu tak diperbaiki. Sedangkan aku tetap bebas berbuat semahu ku kerana aku tahu cinta mu sejati.
     Bahagianya menjadi suami mu, apa saja suruhan dan arahan kamu sedia taati. Egoku pun kamu cinta begitu juga rajuk dan dendam ku. Kamu telah cintai aku sepenuhnya. Apa saja tentang aku, kamulah pencintanya. Kegilaan mu terhadap ku sungguh dahsyat.
     Sampai kamu tidak peduli tentang saki hati, marah dan terhina kerana ku. Kamu membuang segala impian sendiri kerana ku. Kamu abaikan rintihan jasad dan jiwa mu kerana ku. Kamu perangi dirimu sendiri kerana ku.
     Sampai bila semua kesakitan mu kan berakhir? Jika kamu terus berdoa semoga aku yang bertanggungjawab memberi mu kesakitan itu dipanjangkan umurnya, disayangi Tuhannya, ditambahi rezekinya, dilindungi dari mara bahaya! Seolah-olah kamu berdoa supaya kesakitan itu abadi di hati mu dengan hidupnya aku di sisi mu.
     Namun bermula dari ketika aku asyik memandangi dunia mu tak sedar dunia ku pun berubah. Kegilaan mu kepada ku menampar jiwa raga ku untuk mengakui kamulah yang berhak mencuri impian ku seutuh nya. Hingga tiada lagi nilai kehidupan ini bagi seorang suami melainkan untuk isteri dan anaknya.
     Aku semakin terjerat oleh cintamu yang bermati-matian. Sampai aku sanggup membina keindahan di serata tumpahnya gelas-gelas impian. Yang kamu sungguh kan sepanjang malam.
     Ku bunuh rasa letih untuk hidupkan semangat roh-roh anak kita yang sentiasa mahu bermanja. Tebalkan muka ku menadah rezeki tak kira masa. Kejang kan segala urat nadi mencuri masa.
     Segala-galanya untuk keselesaan cinta ku berlayar ke hati mu. Dengan mu aku belajar menahan sakit. Tika menjadi saksi perjuangan munculnya seorang bayi dari dakapan rahim mu. Saat menghitung detik cemas itu, Tuhan mencurah rahmat ke hatiku menyuburkan lagi cinta ku pada mu. Kamu telah mempesona ku dengan seri wajah seorang ibu.
     Waktu terus berlari, aku belajar menjadi lelaki sejati. Kelemahan ku menjadi kekuatan mu untuk bangkit dan aib mu menjadi cermin untuk ku sedarkan diri. Kita sama tumbuh menjadi jiwa-jiwa yang hampir sempurna.
     Dalam rumah ini kita menghirup ayat-ayat cinta. Menjadi hamba Allah yang setia dengan. Aku tahu, beribu malam kamu berhias dengan tahajud dan doa untuk ku. Perhiasan yang paling cantik pernah ku lihat dengan mata hati ku. Sejati mu terserlah mengetuk pintu-Nya semata-mata kerana ku.
     “Ya Allah kasihanilah suami ku, maafkan dia, berilah hidayah-Mu untuknya, berkati ilmu, rezeki dan amal perbuatannya. Dan matikan dia di saat Engkau benar-benar mencintainya. Pisahkan kami kerana iman dan pertemukan kami kerana iman. Kurniakan dia syurga-Mu yang tertinggi.”
    Oh isteriku, mengapa kamu tidak meminta untuk diri mu sendiri? Kata mu jika aku dapat segala-galanya aku tak akan meninggalkan mu sendiri. Betapa yakin nya kamu dengan cinta kita. Sejati kah aku mencintai mu? Pada mu aku mengaku telah ku temu sehebat-hebat cinta. Semoga sampai menutup mata, abadi kita di syurga-Nya. Menuju sungai-sungai kasih sampai ke dataran hati mu dan hatiku. Lalu  kita sama memuji :”Kamulah cinta sejati ku!.:
DR. HAJI JUANDA BIN HAJI JAYA..
Perunding Undang-Undang Keluarga Islam.
Posted by Unknown at 22:07 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sabar itu indah



Sabar itu Indah!!!
Siapa yang bersandar dengan benda-benda miliknya, dengan kekayaannya, dengan sanak-saudara dan teman-teman, maka semua itu akan pudar dan hilang, dan saat-saat kehilangannya akan menyebabkannya menjadi goyah dan jatuh. Siapa yang bersandar kepada Allah, maka Allah adalah abadi dan cahaya-Nya tidak akan pernah pudar.
Benda-benda yang dimiliki boleh hilang, saudara dan teman yang dicintai boleh meninggal dunia, dan impian boleh sirna, tetapi orang yang beriman dan sabar tidak akan mengeluh atau berputus asa, kerana ikatan sejati mereka adalah dengan Allah. Mereka mungkin berasa sedih pada saat kehilangan, tetapi kesedihan itu merupakan kesedihan yang sederhana dan tidak sampai menimbulkan mudarat pada diri mereka.
Posted by Unknown at 22:05 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami.




Dalam sesebuah rumahtangga , isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi, antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Dalam sebuah hadis yang bermaksud, “ Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang, pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”-(Surah Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“….Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya ). Dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya…”(Surah an-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinan suami.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” (Surah An-Nisa’ 4:34)

Posted by Unknown at 21:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ouch Hati...



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…
Posted by Unknown at 21:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY