Dalam
sesebuah rumahtangga , isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib
dipenuhi, antaranya ialah:
1. Isteri
mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama
mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan
dengan agama. Dalam sebuah hadis yang bermaksud, “ Andainya aku ini orang
yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang, pasti aku menyuruh isteri
itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri
mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa
sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada haid
dan nifas.
Sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri
kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu
menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri
kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang beriman”-(Surah Al-Baqarah 2:223)
3.
Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud:
“….Maka
perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan
suaminya ). Dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipelihara ) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah SWT
dan pertolongan-Nya…”(Surah an-Nisa’ 4:34)
4.
Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta
dengan keizinan suami.
5. Tidak
boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak
boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti
bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang
mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8.
Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9.
Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud:
“
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan, oleh sebab Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” (Surah An-Nisa’
4:34)
No comments:
Post a Comment