-->
lakaran pelangi

Sejarah Seni Pakaian Mengikut Tamadun Islam



Asal perintah berpakaian bermula ketika manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa diciptakan di syurga. Allah swt telah mengurniakan pakaian yang indah dan agung untuk menambahkan kewibawaan makhluk manusia di hadapan para malaikat di syurga. Apabila perintah larangan Allah swt kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa supaya tidak mendekati pohon larangan di syurga dilanggari akibat hasutan iblis, maka terbukalah aurat keduanya. Dengan rasa malu yang amat sangat, kedua manusia agung yang diciptakan Allah swt mengumpulkan daun-daun pohon syurga untuk menutupi aurat seboleh mungkin. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa menutup tubuh dan aurat dengan pakaian adalah fitrah manusia sejak awal diciptakan. Maka, perbuatan yang membuka aurat adalah suatu perbuatan yang melawan fitrah manusia, menimbulkan malu, sekali gus melawan perintah Allah swt.
          Pada zaman Rasulullah S.A.W, sejarah seni pakaian telah mengambarkan fesyen berpakaian mengikut Islam. Telah dinyatakan dalam hadis, Rasulullah S.A.W memakai sejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri dan berwarna putih. Malah kebanyakkan ahli sufi dan orang-orang yang zuhud juga mengenakan pakaian seperti ini. Fesyen pakaian seperti ini menunjukkan kerendahkan hati. Manakala bagi golongan wanita pada zaman Rasulullah S.A.W, pakaian mereka berupa seluar panjang dan baju berbelah dileher. Namun begitu, sebelum para wanita meninggalkan rumah, mereka akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung.
           Fesyen berpakaian ini terus berubah mengikut zaman dan gaya persekitaran masyarakat tertentu. Ketika pada zaman Umayyah dan ‘Abassiyyah, banyak pengaruh telah mula meresap dalam etika pemakaian umat Islam ketika itu. Penaklukan di setiap wilayah juga menyebabkan rakyat tempatan yang memeluk Islam cuba untuk menyelarikan pakaian tempatan yang biasa mereka pakai dengan kehendak syariat Islam. Golongan wanita zaman ‘Abassiyyah memakai tudung yang bertahtakan batu permata dan juntaian emas yang di ikat dengan batu-batu permata yang mahal dan bernilai. Pada awal kurun ke 15, seorang pembeli boleh menentukan rekaan dan corak pada pakaian mereka. Malah mereka boleh juga mereka sendiri corak dan warna pakaian menurut kreativiti sendiri.


            Isu Permasalahan Fesyen Muslimah Masa Kini
Fesyen dalam berpakaian adalah merupakan satu gaya yang digunakan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dan kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat tersebut. Fesyen juga mempunyai gaya yang khusus dan berubah mengikut peredaran zaman semasa. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun begitu, tamadun Islam berperanan penting dalam cara pemakaian masyarakat Islam masa kini. Jadi, walau apa pun fesyen yang ingin digayakan, pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan pakaian yang dipakai tidak boleh menyebabkan dosa sama pada si pemakainya atau orang di sekitarnya.

Posted by Unknown at 09:36
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY