Nama sebenar : Iblis LAKNATULLAH Nama glamor : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang dll.. Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam A.S Status Diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka Jahannam Kawasan : Di sekitar penjuru yang di dalamnya tiada langsung usaha mengingati Allah Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok Isteri : Setiap wanita yang tidak menutupi aurat,tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya. Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal Pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus Tempat Pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh Ketat : Setiap orang yang beriman dan bertakwa Sahabat Karib : Anak-anak Adam Motto Kerja : 'Hipokrasi asas akhlak' Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda manusia lalu menyesatkannya Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Sukan(yang tidak digemari) : Acara langkah seribu(semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa) Kelemahan Diri : Apabila manusia membaca istighfar Mentor Yang Dikagumi : Manusia yang mempunyai kelebihan dari dirinya Logo : Sebarang Tatu Pejabat Operasi : Tandas,bilik air,tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat Rakan Kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia Sumber Pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka kepada Allah S.W.T Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat Matlamat Hidup : Membawa bersama-sama anak cucu Adam ke Neraka Jahannam Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemungkaran Allah Pembantu Setia : Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,penghasut,pendengki dan pendendam Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam A.S Kenangan Manis : Ketika manusia di ambang sakaratul maut,mati dalam kekafiran. Kenangan Pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan. Makanan Kegemaran : Daging orang mati,segala najis dan kekotoran Minuman Yang digemari : Wiski,Brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua jenis minuman yang memabukkan. Yang Paling Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa Yang Paling Dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah Alat Perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,peragawati dan sebagainya. Saat Ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak. Yang Paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang ingin mengikuti kemahuannya. Tugas yang paling meletihkan : Mengganggu manusia ke arah kebaikan kerana Allah Taala Tugas Yang Paling Disukai : Mengajak melakukan homoseks,lesbian dan berzina Janji Kepada Manusia : Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya Yang Membuatnya Gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya Saat Mendukacitakannya : Manusia yang bercita-cita untuk bertaubat Saat Yang Membuatnya Menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada Allah S.W.T
Dasar IBLIS LAKNATULLAH!!! Yang baik untuk kita adalah BURUK untuknya! Yang buruk untuk kita adalah BAIK baginya!
No comments:
Post a Comment