-->
lakaran pelangi

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.


3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Posted by Unknown at 15:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

tarbiah utk diri ak yg lemah ni.. :')

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu
menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya.

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya. Dan ingatlah Allah hanya memberi ketenangan kepada orang yang sentiasa membersihkan hatinya.
Posted by Unknown at 06:54 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...
Posted by Unknown at 00:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

Nama sebenar : Iblis LAKNATULLAH
Nama glamor : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang dll..
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam A.S
Status Diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka Jahannam
Kawasan : Di sekitar penjuru yang di dalamnya tiada langsung usaha mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutupi aurat,tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.
Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal Pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat Pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh Ketat : Setiap orang yang beriman dan bertakwa
Sahabat Karib : Anak-anak Adam
Motto Kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan(yang tidak digemari) : Acara langkah seribu(semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan Diri : Apabila manusia membaca istighfar
Mentor Yang Dikagumi : Manusia yang mempunyai kelebihan dari dirinya
Logo : Sebarang Tatu
Pejabat Operasi : Tandas,bilik air,tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan Kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia
Sumber Pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka kepada Allah S.W.T
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Matlamat Hidup : Membawa bersama-sama anak cucu Adam ke Neraka Jahannam
Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemungkaran Allah
Pembantu Setia : Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,penghasut,pendengki dan pendendam
Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam A.S
Kenangan Manis : Ketika manusia di ambang sakaratul maut,mati dalam kekafiran.
Kenangan Pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan.
Makanan Kegemaran : Daging orang mati,segala najis dan kekotoran
Minuman Yang digemari : Wiski,Brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua jenis minuman yang memabukkan.
Yang Paling Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa
Yang Paling Dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat Perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,peragawati dan sebagainya.
Saat Ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak.
Yang Paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang ingin mengikuti kemahuannya.
Tugas yang paling meletihkan : Mengganggu manusia ke arah kebaikan kerana Allah Taala
Tugas Yang Paling Disukai : Mengajak melakukan homoseks,lesbian dan berzina
Janji Kepada Manusia : Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya
Yang Membuatnya Gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat Mendukacitakannya : Manusia yang bercita-cita untuk bertaubat
Saat Yang Membuatnya Menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada Allah S.W.T

Dasar IBLIS LAKNATULLAH!!! Yang baik untuk kita adalah BURUK untuknya! Yang buruk untuk kita adalah BAIK baginya!
Posted by Unknown at 09:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sejarah Seni Pakaian Mengikut Tamadun Islam



Asal perintah berpakaian bermula ketika manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa diciptakan di syurga. Allah swt telah mengurniakan pakaian yang indah dan agung untuk menambahkan kewibawaan makhluk manusia di hadapan para malaikat di syurga. Apabila perintah larangan Allah swt kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa supaya tidak mendekati pohon larangan di syurga dilanggari akibat hasutan iblis, maka terbukalah aurat keduanya. Dengan rasa malu yang amat sangat, kedua manusia agung yang diciptakan Allah swt mengumpulkan daun-daun pohon syurga untuk menutupi aurat seboleh mungkin. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa menutup tubuh dan aurat dengan pakaian adalah fitrah manusia sejak awal diciptakan. Maka, perbuatan yang membuka aurat adalah suatu perbuatan yang melawan fitrah manusia, menimbulkan malu, sekali gus melawan perintah Allah swt.
          Pada zaman Rasulullah S.A.W, sejarah seni pakaian telah mengambarkan fesyen berpakaian mengikut Islam. Telah dinyatakan dalam hadis, Rasulullah S.A.W memakai sejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri dan berwarna putih. Malah kebanyakkan ahli sufi dan orang-orang yang zuhud juga mengenakan pakaian seperti ini. Fesyen pakaian seperti ini menunjukkan kerendahkan hati. Manakala bagi golongan wanita pada zaman Rasulullah S.A.W, pakaian mereka berupa seluar panjang dan baju berbelah dileher. Namun begitu, sebelum para wanita meninggalkan rumah, mereka akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung.
           Fesyen berpakaian ini terus berubah mengikut zaman dan gaya persekitaran masyarakat tertentu. Ketika pada zaman Umayyah dan ‘Abassiyyah, banyak pengaruh telah mula meresap dalam etika pemakaian umat Islam ketika itu. Penaklukan di setiap wilayah juga menyebabkan rakyat tempatan yang memeluk Islam cuba untuk menyelarikan pakaian tempatan yang biasa mereka pakai dengan kehendak syariat Islam. Golongan wanita zaman ‘Abassiyyah memakai tudung yang bertahtakan batu permata dan juntaian emas yang di ikat dengan batu-batu permata yang mahal dan bernilai. Pada awal kurun ke 15, seorang pembeli boleh menentukan rekaan dan corak pada pakaian mereka. Malah mereka boleh juga mereka sendiri corak dan warna pakaian menurut kreativiti sendiri.


            Isu Permasalahan Fesyen Muslimah Masa Kini
Fesyen dalam berpakaian adalah merupakan satu gaya yang digunakan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dan kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat tersebut. Fesyen juga mempunyai gaya yang khusus dan berubah mengikut peredaran zaman semasa. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun begitu, tamadun Islam berperanan penting dalam cara pemakaian masyarakat Islam masa kini. Jadi, walau apa pun fesyen yang ingin digayakan, pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan pakaian yang dipakai tidak boleh menyebabkan dosa sama pada si pemakainya atau orang di sekitarnya.

Posted by Unknown at 09:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Terima Kasih Hati


Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah
Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.
Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..
Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku
Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster,  luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah
Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa...
Anas berkata, Rasulullah bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
- Artikel iluvislam.com
Posted by Unknown at 22:18 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

hakikat sebuah doa


Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Koreksi Diri Sentiasa
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri. Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari. Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri, Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah dengan permintaan kita."

Berdoa berjuta sekalipun, kalau kita tidak melakukan perubahan diri, ianya tidak akan berubah kerana sememangnya itulah ketetapan-Nya. Kekuatan seseorang untuk merubah dirinya dapat menjadi salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Jika hidup selalu ditimpa musibah, hutang tidak pernah terlansaikan, pelajaran pun tidak dapat diikuti dengan baik, jelas itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan diri kita.
Adakah semua ini kerana Allah tidak memakbulkan doa kita? Cubalah kita muhasabah diri. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang selama ini sebati dengan diri kita. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Jika dulu kita orang yang panas baran, cubalah perbaiki sifat ini dengan mengingat-ingat akibat yang akan berlaku jika kita selalu marah kepada orang lain hatta masalah sekecil manapun.
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"
Allah sendiri telah menjamin akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Oleh itu kita kena muhasabah diri. Lihatlah kekurangan yang ada pada diri kita. Jika kita inginkan kejayaan dalam peperiksaan, tapi tidak meningkatkan usaha dalam mengulang kaji pelajaran, jangan salahkan sesiapapun jika kita gagal kelak.
Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?
Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.
Demikianlah formulanya yang sangat sederhana. Siapapun yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah, jangan perhatikan apa yang kita minta, tetapi perhatikanlah apa yang dapat kita rubah dari diri kita sendiri. Misalnya, hidup kita sentiasa ditimpa masalah, hutang keliling pinggang dan sebelumnya jarang ke masjid dan mengikuti tazkirah agama. Mulailah dari sekarang, jika terlintas dalam fikiran kita
"Takkan lah saya ke masjid supaya Allah langsaikan hutang saya?". Cuba alihkan fikiran seumpama ini

"Mengapa saya harus malu diundang oleh Allah ke rumah-Nya? Mudah-mudahan setelah hutang saya langsai, saya akan lebih rajin lagi ke masjid."
Doa Tidak Dimakbulkan
Kadang kita berburuk sangka dengan Allah tanpa kita menyedarinya. Sudah banyak kali kita berdoa. Tapi mengapa doa kita tidak kunjung dimakbulkan. Tak kan Allah tidak dengar doa kita sedangkan Allah Maha Mendengar. Mungkin ada yang salah dengan doa kita.
Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati kita tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitmen kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.
Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, dan apa tindakan yang kita lakukan, disitulah kunci makbul. Itulah sunnatullah. Ada sebab, ada akibatnya.
Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakkal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu."
(Surah at-Talaq ayat  2-3)
Teringat pada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.
"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".
Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".
1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya.
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".
Usaha Dan Doa
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak.
Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah swt.

Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat beribadah tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Sesetengah manusia terlalu sombong, jarang berdoa. Seolah-olah kekuatan manusiawinyalah yang dapat mewujudkan seluruh asanya tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Dan rabbmu berfirman yang bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
(Surah al-Mukmin ayat 60)
Al-Syaukani rahimahullah berkata, "Ayat ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa doa adalah ibadah dan bahawa meninggalkan doa kepada Rabb Yang Maha Suci adalah sebuah kesombongan. Tidak ada kesombongan yang lebih buruk daripada kesombongan seperti ini. Bagaimana mungkin seorang hamba dapat berlaku sombong, tidak berdoa kepada Zat yang merupakan Penciptanya, Pemberi rezeki kepadanya, Yang mengadakannya dari tiada dan Pencipta alam semesta ini, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang memberi ganjaran dan Yang memberi balasan. Maka tidak diragukan lagi bahawa kesombongan ini adalah bahagian dari kegilaan dan kekufuran terhadap nikmat Allah swt."
 Dengan berdoa bererti kita merendahkan diri kepada Allah swt. Ia merupakan sesuatu yang paling mulia di sisi Allah SWT dibandingkan yang lainnya. Allah swt sangat suka kepada hamba-Nya yang merendah diri kepada-Nya dan menunjukkan bahawa hanya Allahlah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pencipta, tiada sekutu bagi-Nya.
Doa Mendekat Diri Kepada Allah
Allah sentiasa inginkan hamba-Nya dekat dengan-Nya. Pelbagai cara disediakan oleh Allah untuk mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Antaranya dengan mendatangkan musibah. Tidak ada sedikitpun maksud Allah untuk menzalimi hamba-Nya kerana Maha Suci Dia dari sifat zalim.
Jangan berburuk sangka dengan Allah bahawa setiap musibah yang didatangkan kepada kita menunjukkan Allah sedang marah dan menzalimi kita. Ketika berdoa, yang paling utama adalah bukanlah dimakbulkannya doa kita atau hilangnya derita yang kita alami, tapi adalah meningkatnya kedekatan kita kepada Allah.
Betapa banyak orang yang hidup dengan limpahan harta kekayaan, jawatan yang tinggi, pujian dan penghargaan terus datang mewarnai kehidupannya. Namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan kepadanya. Itu kerana dia mendapatkannya tanpa doa.
Berbeza halnya dengan orang yang mengenal Allah dalam setiap langkah kehidupannya. Itulah kekayaan yang hakiki.
Jadi hakikat doa adalah bagaimana dengan doa itu kita semakin dekat dengannya. Refleksi dari doa ini nampak pada akhlak yang tercermin dalam kehidupan harian kita yang menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
Ingatlah Allah itu Maha Memberi. Dia tidak lupa untuk memberi. Kita tidak minta diberi makanan, tapi Dia tidak lupa untuk memberi makanan kepada kita. Kita tidak minta diberi pakaian, tapi Dia tidak lupa untuk memberi pakaian kepada kita.
Ibnu Ata'illah menyatakan: "Bukan tujuan utama itu hanya sekadar berdoa. Tapi tujuan yang utama adalah agar engkau mengetahui adab terhadap Tuhanmu."
-iluvislam-
Posted by Unknown at 22:14 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cantiknya Insan yang Bergelar Muslimah itu..^_^

Muslimah itu lebih cantik jika menutup auratnya.Percayalah.Aurat bukan suatu mainan!
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani"
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Sedih apabila melihat dunia hari ini.Perempuan dengan selamba menayang benda yang tidak sepatutnya.Banyak terjadi zina.Banyak maksiat yang semakin berleluasa dan dunia hari ini seolah-olah "biasa" dengan keadaan ini.Malu lah wahai wanita!Dirimu dicipta sebaik-baik kejadian. Secantik-cantik ciptaan.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Tanpa kita sedari ada banyak hikmah yang ALLAH beri jika kita betul-betul ikut cara Islam.
Kesimpulannya,wanita tidak salah berfesyen asalkan mengikut syariat Islam.
Posted by Unknown at 21:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenapa Tak Rogol Saya

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
Kenapa Tak Rogol Saya

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
Posted by Unknown at 19:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta

Posted by Unknown at 06:53 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya..!!

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

*Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan... :)
Posted by Unknown at 15:42 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Allah Sayang Kita..

: Sedihnya ! Berilah aku kekuatan. Selalu orang salahkan hujan lebat, tapi sebalik hujan muncul pelangi indah...

Begitu juga hidup, Allah tidak pernah suka2 beri hambaNya ujian melainkan Allah rindu melihat tasbih pujian dari seorang hambaNya, jangan terlalu leka dengan dunia. (Ar-Rum, 30:64)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan

saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’ (Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’ (Surah Al-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ (Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk mereka… ? (Surah At-Taubah ayat 111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal.’ (Surah At-Taubah ayat 129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkankaum yg kafir.’ (Surah Yusuf ayat 12)

: O, Allah ! i ♥ u very much ! :) Insha Allah, don't Quit. Every obstacles is a stepping stone to success.
Posted by Unknown at 10:37 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KEMATIAN ITU PASTI!!!


20.05PM.
05/11/2012.
ISNIN.
     Setiap hari Isnin jadual aku memang tersangatlah padat macam ikan sadin di dalam tin yang kecik itu! Subjek last untuk hari ini adalah Linear Algebra yang berakhir pada pukul 7PM. Oleh sebab tersangat letih akibat sepanjang hari berkejaran ditambah petang tadi aku ada pembentangan bagi subjek Akidah, aku memutuskan untuk segera sampai rumah. Aku ingin berehat. Minggu ini juga merupakan mid term test untuk subjek2 yang terlibat. Wah! Penat sangat. Sampai sahaja di tangga untuk ke tingkat 2 block aku, aku terima satu mesej dari akak aku. Adik, Mok xdok doh! Sambil berjalan untuk terus ke rumahku, tiba2 muncul dalam mindaku, mati itu pasti sayang. Janganlah bersedih! Ya! Mati itu pasti! Cuma aku je yang tak bersedia untuk mendengar berita yang mengatakan mok dah takda! Ku gagahkan kaki ku untuk teruskan perjuanganku untuk cepat sampai ke rumahku.
     Aku baru je menghabiskan cuti mid semester ku di kampung. Hari ini adalah kuliah yang pertama aku setelah seminggu bercuti. Yang menyebabkan aku terkilan adalah masa aku kat kampung hari tu, aku tak pergi pun rumah mok. Disebabkan aku tak berapa sihat, so aku tidur je kat rumah. Sehari sebelum aku berangkat ke Johor Baru, rumah kakakku, terdetik di hati kecil ku. Sayang, tak nak pergi rumah Mok ke? Tak rindu Mok ker? Kalau dah balik U, nanti lambat plak nak balik kampung lagi… ya Allah, saat itu memang aku teringin sangat nak pergi jumpa dengan Mok. Banyak benda yang aku nak cerikatakn kat Mok. Dan yang paling aku nak cakap kat Mok, tolong doakan jodohku dengan si sahabat. Tapi masa tidak mengizinkan. Ku pendam keinginanku itu atas sebab kesuntukan masa.
     Arwah. Arwah adalah sedara sebelah ayah. Arwah juga merupakan ibu mertua mak sedaraku. Arwah yang ku anggap seperti nenekku sendiri. Arwah yang suka melayan karenah2ku. Arwah yang suka temankan aku bergelak tawa. Arwah yang selalu buat aku ceria. Arwah yang banyak bagi nasihat untuk aku yang sedikit nakal ini. Arwah yang selalu bercerita dengan ku tentang itu dan ini. Wah! Terlampau banyak kenangan bersama arwah.
     Teringat kata-kata arwah, pertemuan yang terakhir aku dengan arwah cuti semester yang lepas. Lebih kurang berbunyi gini, kadang-kadang Mok rasa kenapa Allah tak ambik je nyawa Mok. Kadang-kadang rasa tak sabar nak jumpa Allah. Saat aku mendengar kata-kata itu suatu ketika dulu, aku tidak fikir yang benda tu akan berlaku secepat ini. Yang aku fikir saat itu, apalah mok ni duk merepek sal ni, buat orang sedih jela.
     Ya Allah, sahabatku pernah berbicara kepada ku suatu ketika dahulu yang mana Engkau tidak akan bagi ujian ni kepadaku seandainya aku tidak punya kekuatan itu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Keikhlasan kepadaku untuk terima semuanya dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang terbuka. Ya Allah, ku tahu Engkau lebih menyayngi arwah. Sehebat mana pun cinta dan kasih sayangku kepada arwah, tak setanding dengan cinta dan kasihMu kepada hamba2Mu..
     Kenangan bersama arwah pasti akan sentiasa berlegar dalam minda terutama tiap kali balik ke kampung. Oh hati! Kuatlah dikau! Untuk meneruskan perjuangan ini. Apakah engkau lupa wahai hati, perjuangan mu masih belum selesai. Malahan ia baru bermula!!! Baru kita rasa kehilangan apabila kita betul2 dah kehilangan!
     Mati itu pasti, sayang! Jangan jadikan kepergian mok sebagai alasan untuk kamu lebih maju. Ayuh! Bangkit sayang!! Allah bersamamu sayang..Fighting!!!

Posted by Unknown at 19:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

…15 Tanda Kematian Mulia…


1.   Mengucap kalimah syahadah ketika wafat.
2.   Ketika wafat dahinya berkeringat.
3.   Wafat pada malam Jumaat.
4.   Mati syahid di dalam medan perang.
5.   Mati dalam peperangan fisabilillah.
6.   Mati disebabkan penyakit kolera.
7.   Mati kerana tenggelam.
8.   Mati kerana tertimpa runtuhan atau tanah.
9.   Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati kerana terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
12. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
13. Mati dalam membela agama dan jiwa.
14. Mati dalam berjaga-jaga yakni berwaspada dijalan Allah.
15.Orang yang meninggal kerana mengerjakan amal soleh.

Posted by Unknown at 19:35 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

17117

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY