Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Hai-O Garam Buluh membekalkan lebih banyak bahan mineral (misalnya magnesium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya) dan 200 lebih jenis elemen surih jika berbanding dengan garam biasa. Dengan menggunakan garam buluh yang semulajadi untuk memasak, nilai nutrisi lauk dapat ditingkatkan, lauk juga menjadi lebih enak dan sihat.
Adakah penggunaan Hai-O Garam Buluh untuk memasak akan mempengaruhi rasa lauk?
Tidak, malah akan meningkatkan nilai nutrisi lauk selepas menggunakan Hai-O Garam Buluh untuk memasak.
Antara Hai-O Garam Buluh dengan garam laut, manakah yang lebih baik?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi daripada Korea sebagai ramuan utamanya. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine. Proses pembakaran dapat meneutralkan atau menyingkirkan bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya. Nilai nutrisinya adalah lebih tinggi daripada garam laut.
Adakah kita perlu berhenti mengambil garam jika garam biasa dikatakan tidak sihat?
Badan manusia memerlukan garam memandangkan garam adalah bahan yang penting untuk pertumbuhan badan. Ia dapat menyelaras peredaran air yang seimbang di dalam badan, mengekalkan tekanan penembusan dalaman dan luaran membran, sintesis keasidan perut, menggalakkan rembesan jus pencernaan, menambahkah selera. Pada masa yang sama, ia menjamin nilai pH yang diperlukan untuk tindakan enzim protease perut, mengekalkan keseimbangan pH dalam badan dan peredaran normal bendalir tubuh. Hai-O Garam Buluh tidak mengandungi sebarang bahan tambahan, logam berat dan bahan kimia, malah kaya dengan bahan mineral dan elemen surih. Gantikan garam biasa dengan Hai-O Garam Buluh, dapat membekalkan nutrien terbaik untuk badan.
Adakah kuantiti penggunaan yang lebih banyak diperlukan untuk menghasilkan rasa yang sama ketika menggunakan Hai-O Garam Buluh untuk memasak?
Tidak perlu, kemasinan Hai-O Garam Buluh adalah sama dengan garam biasa.
Adakah memasak dengan suhu tinggi akan merosakkan nutrien dalam Hai-O Garam Buluh?
Tidak.
KEBERKESANAN
No comments:
Post a Comment