Aminah : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan,
bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan
mana-mana lelaki…”
Kathy : menjeling….. “Wei, aku tak percayalah…”
Aminah : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak
kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab
aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir
dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Kathy : “b0d0h la kau ni..”
Aminah : Biar, aku lebih suka dipanggil “b0d0h” sebab "b00doh" itu
melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku
sendiri TIDAK TAHU .
Kathy : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Aminah : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan
perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah
terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai
pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Kathy : “Oo patut la sampai sekarang kau belum ade BF…”
Aminah : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih,bukan kekasih yang belum tentu jadi suami“
Kathy : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Aminah : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Kathy : “Kolot, Kuno, tak pandai bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Aminah : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai
bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah,
tidak…!”
Kathy : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Aminah : “Hipokrit itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi
belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Kathy : Ko ni kan...pura-pura suci kan?!”
Aminah : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga? Kamu
perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu
juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka.
Jadi harus
dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok sampai nanti
suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan
diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh ayah dan ibumu tidak
amanah menjaga kirimannya?”
Kathy : Grrr..Grrr…
Hidup
ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik di
mata manusia mahupun di mata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana
itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas.
Tetapi sebagai
perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita
secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci iaitu
perkahwinan.
Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “pembohongan”.
No comments:
Post a Comment