-->
lakaran pelangi

Symptom penyakit Graves (hipertiroidisme)

Penyakit hipertiroidisme atau tirotoksikosis merupakan sejenis penyakit tiroid yang terlampau aktif yang menyebabkan penghasilan berlebihan hormone tiroid iaitu T4 dan T3 oleh kelenjar tiroid. Jenis hipertiroidisme ini dikenali sebagai penyakit Graves yang diambil sempena nama pakar perubatan yang memberi gambaran lengkap mengenai penyakit ini 200 tahun dahulu. Penyakit ini disebabkan oleh kehadiran antibody dalam darah yang bukan sahaja merangsang kelenjar tiroid merembeskan jumlah hormone tiroid yang berlebihan tetapi juga menambah saiz kelenjar tiroid dan mengakibatkan goiter bagi sesetengah individu. Penyebab penghasilan antibody ini tidak diketahui dan disebabkan oleh penyakit Graves ini berlaku dalam sesebuah keluarga, jadi factor gen mamainkan peranan penting.

Kehilangan berat badan
Keadaan ini berlaku kepada hampir semua pesakit hasil daripada pembakaran kalori yang disebabkan oleh paras hormone yang tinggi dalam darah. Anda mungkin berasa lapar sepanjang masa dan mungkin terpaksa bangun tengah malam untuk makan. Pengurangan berat badan adalah antara 2 hingga 3 kilogram atau sehingga 35 kilogram atau lebih.

Panas yang melampau dan berpeluh
Anda akan rasa tidak selesa apabila berada di kawasan yang panas. Dan mungkin pada cuaca sejuk, anda lebih selesa memakai pakaian jarang. Ini disebabkan oleh peningkatan metabolisme yang menyebabkan badan menghasilkan haba yang berlebihan dan disingkirkan oleh peluh.

Cepat marah
Anda akan menjadi cepat marah dan tertekan dengan keadaan sekeliling. Suasana di tempat kerja, kolej atau tempat awam akan menyebabkan anda tidak selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian. Perasaan anda cepat berubah dan anda juga akan kerap marah, lebih sensitive pada kritikan, serta menangis tanpa sebab.

Berdebar-debar
Kebanyakan pesakit akan sentiasa mengalami perasaan berdebar-debar. Hal ini berlaku kerana kadar denyutan jantung yang meningkat dari keadaaan biasa. Bagi keadaan hipertiroidisme yang teruk atau telah lama berlaku, terutamnya golongan tua keadaan denyutan jantung yang tidak teratur mungkin berlaku yang dikenali sebagai pemfibrilan atrium malah kegagalan jantung.

Sesak nafas
Keadaan ini akan meletihkan diri sendiri terutamanya apabila melakukan kerja-kerja berat atau memerlukan tenaga contohnya selepas menaiki tangga. Individu yang menghadapi hipertiroidisme akan sesak nafas dan bagi pesakit asma, symptom yang dialami akan lebih teruk.

Terketar-ketar
Kebanyakan pesakit mengadu tangan mereka terketar-ketar dan boleh disalah anggap sebagai akibat daripada ketagihan alcohol. Pesakit ini akan mendapati mereka semakin sukar untuk memegang cawan atau memasukkan anak kunci ke dalam lubang kunci atau tulisan anda mungkin menjadi semakin teruk.

Lemah otot
Otot-otot akan jadi lebih lemah terutamanya otot paha. Ini akan meyebabkan pesakit akan sukar untuk bangun daripada posisi bertinggung atau dari kerusi rendah tanpa bantuan tangan.

Perubahan pergerakan usus
Terdapat kecenderungan bagi peningkatan kekerapan seperti pengeluaran tinja yang lebih lembut berbanding dengan keadaan normal, dua atau tiga kali sehari. Masalah cirit birit mungkin berlaku sekali sekala.

Haid tidak teratur
Kedatangan haid yang tidak teratur, terlalu sedikit atau langsung tidak hadir. Pesakit mungkin sukar untuk hamil sehinggalah keadaan hipertiroidisme dirawat sepenuhnya.

Masalah kuku, kulit dan rambut
Anda mungkin mendapati seluruh badan menjadi gatal dan mungkin akan mengalami tompokan gatal pada bahagian bawah kaki (miksodema pratibial). Rambut akan menjadi nipis dan lebih lembut daripada biasa. Kuku akan menjadi rapuh dan kelihatan hodoh.

Masalah mata
Pesakit ini akan mengalami masalah mata. Ini termasuklah keadaan mata yang berair dengan teruk, diburukkan lagi dengan keadaan angina atau cahaya terang, kesakitan dan rasa berbintil seperti terdapat pasir dalam mata. Penglihatan juga akan jadi bertindih serta kabur. Pesakit ini juga akan mengalami keadaan mata yang menonjol (exophthalmos) dan ‘beg’ di bawah mata.

Goiter (Beguk)
Walaupun anda dapat mngetahui bahawa anda mengalami goiter, hampir tidak terdapat symptom lain selain rasa yang ada sesuatu dalam leher anda yang sepatutnya tidak ada di situ.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai simptom-simptom ini, anda dinasihatka untuk berjumpa doktor untuk rawatan. Semoga anda mendapat rawatan yang sewajarnya.
Posted by Unknown at 18:47
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

16715

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY