Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :
☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat
diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
☛ Para Pemuda, aku
ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus
tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku
menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya
agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya
menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang
melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia
dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada
ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan
muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
☛ Wahai
Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab
secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa
kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.
Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan
mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk
melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati
kalian
No comments:
Post a Comment