Alkisah dua orang pesakit
Dua pesakit, yang sakit kronik duduk di dalam bilik hospital yang sama
bertingkap satu. Setiap mereka hanya dibenarkan untuk duduk tegak sejam
sehari pada waktu tengahari untuk jururawat membersihkan katil. Selain
itu, dua lelaki itu hanya terlantar sepanjang hari.
Daud dan Din bercakap tanpa henti setiap hari. Mereka berbicara mengenai isteri, keluarga, rumah, kerja dan tempat di mana pernah pergi bercuti.
Setiap tengahari, Daud yang katilnya bersebelahan dengan tingkap akan
melihat ke luar dan memberitahu Din apa yang dia lihat di luar tingkap.
Perkara ini berulang sehingga Din sentiasa menanti-nanti waktu
tengahari untuk Daud bercerita bagaimana keadaan di luar tingkap.
Daud memberitahunya pemandangan di luar tingkap agak cantik – ada tasik
dan itik dan angsa sedang berenang dan kanak-kanak melepaskan bot
kertas buatan mereka.
Daud juga memberitahu ramai juga yang berkelah di tepi tasik, duduk di bawah pokok bersama keluarga dan orang tercinta…
Daripada tingkap tersebut, juga kelihatan bangunan pencakar langkit secara jauh.
Daud menceritakan segalanya dengan penuh terperinci sehingga Din
menutup mata membayangkan keadaan di luar sana sebagaimana yang
digambarkan Daud.
Pada satu waktu tengahari yang panas, Daud
menceritakan ada satu pesta di tepi tasik… walaupun Din tidak dapat
mendengarnya, tapi cerita Daud yang penuh terperinci memberikan Din satu
gambaran bagaimana pesta tersebut berlangsung.
Waktu malam tersebut, Daud memberitahu Din…
“Selama hidup ana ini, ana mengejar segala benda – duit, kereta, nama –
kerana merasakan itu akan membawa kegembiraan pada ana. Ana ingat
menjadi kaya akan gembira – ana berpakaian seperti orang kaya pulang ke
kampung – saudara-mara bersenyum dan juga cemburu pada masa yang sama.
Mereka tidak merasai kegembiraan ego saya. Ana membeli rumah besar dan
menjemput semua rakan dan keluarga untuk house warming untuk tunjukkan
rumah besar ana – ana ingatkan itu kegembiraan membuat orang cemburu dan
iri hati pada kejayaan saya. Ana tak pernah memikirkan untuk
mengembirakan orang, tapi ana hanya ingin menggembirakan diri sendiri…
Masa ana sakit ini, baru ana sedar cincin besar ana tidak membawa
kegembiraan seperti yang diharapkan. Ana baru sedar kereta Mercedes di
rumah ana tidak membawa kegembiraan yang ana harapkan. Ana baru tersedar
rumah besar hanyalah rumah besar yang tidak membawa makna dan
kegembiraan pada ana. Ana baru sedar hidup sebenarnya mudah – ana tak
perlu mengejar benda-benda permainan manusia, ana hanya perlukan seorang
kawan. Ana hanya perlukan keluarga yang ribut hujan mahu panas dapat
bergembira bersama. Ana baru faham, menggembirakan orang lain adalah
kegembiraan yang sebenar. Jika ana boleh hidup semula, ana akan luangkan
lebih banyak masa pada keluarga dan orang-orang penting – ana akan
gembirakan mereka daripada diri sendiri… Dah nak mati baru ana
tersedar…. Alangkah baiknya, kalau manusia boleh belajar bagaimana untuk
hidup sebelum mereka belajar tentang mati…”
Daud diam seketika… Din tidak mengejutnya dan membiarkan dia tidur…
Besok pagi, bila Din bangun, jururawat sedang membersihkan badan Daud yang tidak lagi bergerak. Daud sudah meninggal…
Setelah segalanya selesai, Din meminta jururawat untuk memindahkannya
ke tepi tingkap. Jururawat dengan sukarela memindahkan Din.
Din bangun dalam keadaan sakit untuk melihat di luar tingkap yang arwah sering menceritakan keadaannya kepada dia…
Tiada tasik, tiada pemandangan yang disebut-sebut arwah, yang ada hanyalah satu tembok kosong.
Bila jururawat sampai, Din bertanyakan kepada jururawat – mengapa arwah
boleh bercerita dengan penuh terperinci perkara-perkara menarik yang
berlaku di luar tingkap setiap tengahari padanya.
“Arwah dah
buta lama ketika penyakitnya menjadi kronik. Rasanya arwah ingin
memberikan semangat pada pakcik,” kata jururawat tersebut…
Ingatlah, berkorban untuk orang lain, berkhidmat untuk meletakkan
senyuman di muka setiap orang tersayang adalah kegembiraan sebenar. Maaf
panjang. Harap bermanfaat.
No comments:
Post a Comment