-->
lakaran pelangi

Pesan Mama~



Mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang.
     Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram. Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah, wajah mereka tetap mampu menenangkan hati. Apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.
     Kata Mama lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. Seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan. Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.
     Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar. Lelaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya. Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita. Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang penuh beronak liku.
     Kata Mama, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar. Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup. Oleh itu, menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya. Sekurang-kurangnya, kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kita akan lebih realistik.
     Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta. Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.
     Memang perkahwinan itu satu perjudian. Antara baik dan buruk, manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan. Lebih-lebih lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Tetapi siapa tahu rahmat yang TUHAN telah janjikan kepada setiap hamba-Nya. TUHAN tidak akan menganiaya hamba-NYA yang pasrah dan redha pada takdir.
     Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tidak tolok bandingannya. Malah, tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang.
     Mungkin ketika melayari cinta, mereka tampak prihatin dan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelaki yang alpa dan ganas. Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.

Posted by Unknown at 19:07
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

16714

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY