-->
lakaran pelangi

Lalala

Assalamualaikum....
Erm, takda nak tulis apa pun...
Kerja skola banyak je nie...
Tapi rindu kat "my abg" lahh plak...
Hailaaaa...
Haru betul laaaaa...haha
Oh Abg!
Balik la KL cepat2 ea...
Supaya adeq boleh hidup dengan senang...
Supaya abg boleh membebel kat adeq...
Bila mood malas study mulai datang...haha
So abg tarbiah lahh sikit adeq abg yang paling abg sayang nie...
Nanti adeq belajar untuk bahagiakan abg ea...
Adeq belajar untuk cakap lembut2 dengan abg...
Belajar untuk tidak menyusahkan abg lagi ea...
Belajar untuk memahami abg ea...
Belajar untuk buat abg tersenyum dengan keletah adeq ea...
Belajar untuk menjaga abg ea...
Belajar cakap macam abg cakap...
Macam best jerk!...hehe

Adeq kan dah besaq!
Dah boleh fikir baik buruk...
Tapi disebabkan terlampau dimanjakan ayah...
Macam nilahhh jadi nya...
Ish ish ish...
Posted by Unknown at 08:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Love U Forever...

Assalamualaikum...
Saya rindu awak, Fatin...
Rindu yang teramat sangat...
Tak tahu nak luahkan macam mana dengan kata2...
Tapi awak tahu kan saya sentiasa rindu awak...
Bukan saya tak punyai kawan yang lain di sini...
Tapi, walau beribu pun kawan yang saya miliki...
Saya tetap nak awak...
Saya rindu nak dengar awak ketawa...
Sebab ketawa awak tu boleh buat saya ketawa...
Saya rindu nak dengar suara awak...
Saya rindu nak bergurau dengan awak...
Dah lama saya tak jumpa awak...
Saya minta maaf...
Balik hari tu pun saya tak sempat nak pergi rumah awak...
Sibuk nya saya kan...
Saya rindu ma...
Rindu pelukan ma awak...
Rindu adeq awak...
Saya rindu semua tentang awak...
Tadi saya nanges...
Saya rindu awak...
Rindu ayah...
Kalau dulu...
Bila saya nanges...
Awak sentiasa ada di sisi saya...
Awak akan peluk saya...
Rindunya saat itu...
Awak akan pujuk saya...
Saya tahu awak sayang saya kan...
Alhamdulillah, rezeki saya dapat sambung ke universiti...
Setinggi mana pun saya belajar...
Saya tetap nak awak...
Sehebat mana pun pekerjaan kita nanti...
Jangan lah kita saling lupakan antara satu sama lain...
Awak ingat lagi tak janji kita suatu masa dahulu?
Hebat mana pun kita belajar, hebat mana pun kerja kita nanti...
Andai suatu hari nanti...
Kita berjumpa...
Harap kita semesra dulu/sekarang/lagi mesra ea...
Kerja apa pun kita..
Jadi doktor ke...
Pegawai besar ke...
Jangan lah aku engkau cicirkan...
Saya sayang awak...
Saya rindu awak...
Saya tahu, awak tak pernah jalan2 kat blog saya kan...
So awak tak pernah baca kan apa2 yang saya tulis tentang awak kan...
Awak doakan saya sentiasa ea...
Saya nak sihat...
Tak nak kena operate lagi dah...
Tapi awak pun tahu kan...
Saya susah nak makan ubat...
Dan saya susah nak disiplin jaga waktu makan saya...
Dulu, awak ada untuk ingatkan saya makan...
Tapi sekarang, susah...
Awak dah takda di sisi saya...
Tu yang kadang2 saya lupa nak makan...
Awak pun mesti sibuk macam saya kan...
Bila saya dah tak tahan nak tanggung rindu ni...
Saya call lah awak ea...
hehe(egolah saya kan)..
Tak pernah nak berubah...
Dengan BFF sendiri pun nak bekira..hihi


Posted by Unknown at 08:17 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rindu Ayah Laaaa~

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
Posted by Unknown at 06:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Posted by Unknown at 11:48 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salahkah saya mencintai awak?^_^

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Posted by Unknown at 00:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pesan Mama~



Mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang.
     Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram. Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah, wajah mereka tetap mampu menenangkan hati. Apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.
     Kata Mama lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. Seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan. Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.
     Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar. Lelaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya. Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita. Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang penuh beronak liku.
     Kata Mama, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar. Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup. Oleh itu, menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya. Sekurang-kurangnya, kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kita akan lebih realistik.
     Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta. Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.
     Memang perkahwinan itu satu perjudian. Antara baik dan buruk, manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan. Lebih-lebih lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Tetapi siapa tahu rahmat yang TUHAN telah janjikan kepada setiap hamba-Nya. TUHAN tidak akan menganiaya hamba-NYA yang pasrah dan redha pada takdir.
     Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tidak tolok bandingannya. Malah, tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang.
     Mungkin ketika melayari cinta, mereka tampak prihatin dan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelaki yang alpa dan ganas. Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.

Posted by Unknown at 19:07 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY