-->
lakaran pelangi

Bersabarlah Dengan Isteri...



     “Diceritakan bahawa ada seseorang datang ke rumah Khalifah Umar ibnu Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah khalifah, tiba-tiba pula dia terdengar isteri khalifah sedang mengangkat suara mengata nista kepada khalifah, sedangkan khalifah hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab sepatah pun…”
     “Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah khalifah. Lalu sebelum dia beredar, dia dipanggil oleh khalifah seraya bertanya kepadanya, apa hajat mu datang ke mari? Tanya khalifah. Jawab lelaki itu, tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin! Kalau tiada apa-apa, mengapa datang? Tanya khalifah lagi. Jawab orang itu pula, sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya…
     “Berkata khalifah Umar lagi, wahai saudara ku, aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makanan ku, membuat roti untuk ku, membasuh pakaian ku dan menyusukan anak-anak ku, padahal semua itu tidak wajib ke atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraan ku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana aku dapat menentangnya? Jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja…”
     “Kata lelaki itu pula, saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga wahai Amirul Mukminin! Maka kata Khalifah Umar lagi, bersabarlah atas kelakuan isteri mu itu wahai saudara ku!”
P/S: selamat bersabar dengan isteri tercinta.^_^..
Posted by Unknown at 21:47
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

16795

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY