Salam Sayang, Salam Rindu Buat Sahabatku...
Namanya diberi Aizat Ismail..Aku kenal dia pun secara tak sengaja je pun..Tapi kehilangannya amat terasa..Mungkin kerana beliau seorang sahabat yang penuh dengan kesabaran, ikhlas dalam perjuangan dan banyak lagi la..Aku sengaja nak bercerita tentang beliau kat blog aku nie. Nak lakarkan kisah persahabatan kami di sini..Aku dah lama tak update blog aku nie sebab aku tak cukup masa..haha.. Busy semacam jerk! Mengalahkan PM la lak.. Sekarang pun aku memang tengah busy jugak tapi nak curi masa sikit tuk luahkan semuanya kat sini.. Supaya lepas nie aku tak nak nanges da..Haha xhabis2 ngan nanges jerk!
Suatu hari...Cehh!Haha, macam takda ayat yang best sikit nak start bercerita..Erm, dulu ada la sahabat baik aku ajak aku join sa.. Tu yang aku dapat kenal Arwah Aizat nie..Masa aku ikuti satu seminar kat UIAM, arwah la yang banyak bantu aku..Dan yang paling aku suka tentang arwah, dia "menjaga" aku macam aku ni adik nya..Sweet kan dia..Aku masih ingat lagi.. Bila aku balik dengan kawan aku, tapi aku tak bagitau pun kat arwah yang aku dah balik..Tiba2 aku dapat mesej dari arwah..Hazlina, awak kat mana? saya mencari2 awak..Lebih kurang gitu la ayat dia, aku tak ingat sangat sebab time tu aku tak kisah pun..Jahat kan aku~..Aku pun cakap la, sorry saya dah sampai uni da..Lupa nak bagitau Aizat..Korang tau tak? Sebenarnya aku bukan lupa nak bagitau arwah, tapi aku ingat dia tak kisah pun sebab kitaorang baru je kenal..Then,arwah cakap kat aku..Lain kali jangan la buat saya macam nie..Or orang sekeliling awak macam ni..Awak kena bagitau, supaya kami tak risau...Time tu, bila dia cakap macam tu kat aku..Korang tau tak aku pikir ape? Aku anggap benda tu tak penting pun.. Dan terdetik jugak, busy body jelah Aizat ni..Suka ati orang laa..Haha, jahatnya aku kan..
Lepas kes tu, aku ada lah mesej dengan dia jugak..Tanya soalan2 bodoh.. Lepas tu, terus aku tak contact dia..Tapi aku tak delete la no dia..Aku simpan lagi no dia tu sampai la sekarang.. Bulan ramadhan aritu, arwah ada mesej aku..Dan untuk pertama kalinya time puasa dan raya phone aku tak berkredit..Malas nak topup..huhu..Nie mesej dari arwah.."salam Ramadhan buat semua rakan seperjuangan...Sempena bulan mulia ini, sy ingin meminta maaf atas segala salah dan silap sy sepanjang perkenalan kita atau sepanjang kepimpinan sy..Moga kita lebih maju dlm menuju highway jutawan dan lebih bertakwa dlm hidup..Syukur kita masih berjumpa lg Ramadhan tahun ini..Alhamdulillah..Ikhlas drpd sy..." Bila aku dapat mesej nie, hati aku kuat mengatakan jangan delete mesej ini..ini akan menjadi pembakar semangatmu nanti..Dan aku pun tak delete la..haha..Tapi saysngnya aku tak reply pun mesej nie..
Dua hari sebelum aku dapat tahu yang arwah dah takda, aku mengalami sedikit gangguan..Aku bermimpi yang aku dengan adik hampir2 terbunuh..Emosi aku tunggang terbalik..Asyik nak nanges je..Rasa penat yang teramat sangat..Esoknya,aku pinjam bb kawan..Then aku buka akaun fb aku..Tiba2 kawan aku tegur aku kat chatbox..Katanya, ina kenal tak Aizat Ismail? Dia dah takda dah. Excident kelmarin..Aku cuma kenal sorang je Aizat..Tiba2 aku tengok Aizat yang aku kenal tu on9..Then aku tegurlah..
Aku: Salam..sy nk tnya awk..betulkah Aizat Ismail dah xda?
Aizat: Aah..excdnt.
Aku: Blh bg Fb dia x? Sy nk tgk la fb dia.
Aizat: Ni lah fb dia.
Aku: Awk sape?
Aizat: sy awek dia.
Korang tau tak ape aku rasa saat tu? Aku pun nanges la..haha, tak habis2 ngan nanges..Aku pun pegi la jalan2 kat wall Arwah..Bersepah2 ngan status yg kwn2 arwah update..Kami terasa khlgnnya la, kmi akn ingt arwah la, kngan bersama arwh la, arwh shbt yg plg disygi la..dan byk sgt2..Al- fatihah buat arwah la..Aku pun nanges la lagi..Nanges dan nanges..Ntah la, mungkin Allah kurniakan aku ni terlebih air mata kott..nanges jerk kerja aku..haha..Sambil update blog nie pun aku sempat nanges2..hailaaa..
Moralnya, belajar la menghargai orang sekeliling kita..Jangan jadi macam aku, bila dah khlangan tu baru nak nanges2 haha..Sebab kita tak tahu bila mereka akan tinggalkan kita..Itu memang pengajaran yang terhebat yang aku terima bila arwah dah takda..Arwah mengajar aku untuk menjadi mutiara..Aku tak sangka, aku perlu kehilangan arwah untuk lenturkan ego aku yang tinggi giler nie, sikap yang tak pernah nak serius dalam buat kerja dan sifat keras kepala aku yangntah pape ni..Kehilangan arwah memang memberi tamparan yang hebat dalam kehidupan aku..Al-Fatihah buat arwah Aizat Ismail..Moga rohnya bersama para solihin..(^_^)..Kuatkan hati hambaMu ini, Ya Allah..
No comments:
Post a Comment