“Ya? Apa dia?”
“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta
untuk mengatakan cintakan awak”
“……….”
“Awak?”
“……….”
“Kenapa awak diam?”
“Maaf”
“Untuk?”
“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”
“Hmm.. Siapakah si dia itu?”
“Jodoh saya”
“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”
“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan
dia”
“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan
awak tak kenal dia?”
“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku.
Jodoh yang tak diketahui”
“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”
“Saya tak dapat, maaf”
“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”
“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”
“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh
awak? Saya cintakan awak keranaNya”
“Betulkah? Saya tak percaya”
“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa
saya rindu?”
“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak
bukan cintakan saya keranaNya”
“Ayat saya? Yang mana satu?“
“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina
dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap,
tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh
berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan
membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”
“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak
pendam?”
“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari
jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk
jodohmu”
“Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana
harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi
memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”
“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah
waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada
waliku diri ini berserah”

No comments:
Post a Comment