-->
lakaran pelangi

Doa Pembuka 12 pintu..


Doa Pembuka 12 pintu..

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."

 Hari ini saya ada peristiwa menarik utk dikongsikan dalam ini,tapi esok saat saya mati saya tak mampu menulis tentang saat sakaratulmaut saya itu,wlpun saya mahu berbuat demikian.Adakah ia sakit?adakah ia merimaskan?adakah saya sedang disiksa?adakah saya sedang dipukul?adakah saya sedang disoal?..Sy takut!Jika saya mat...i,maafkan saya kerana tidak memberi khabar berita kerana saya sendiri tidak tahu saat kematian saya.Jika saya mati esok,saya pasti kwn sekalian takkan sedar bahawa saya telah mati sehinggalah dtg seseorang membawa berita kematian saya ini. Lalu penuhlah ruang 'wall' sy dgn kata-kata takziah.Mungkin ada yg akan menangis utk saya.Sesungguhnya,saya tak mengharapkan itu semua.Saya cuma meminta doa drpd anda semua.Mungkin waktu itu saya sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk saya.Mungkin waktu itu saya sedang dipatuk oleh ular.Mungkin waktu itu saya sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga saya sedang menikmati lubang syurga.Saya pun tak tahu.Saya mohon,doa drpd kalian.Saya mohon,kalian maafkan salah silap saya.Saya mohon,kalian tolong langsaikan hutang saya(jika ada).Halalkan makan minum saya.Saya sayangkan ilmu2 ini,tapi saya pasti akan meninggalkannya.Dan jika ada sedikit manfaat drpd artikel-artikel tulisan saya,saya benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman saya di dalam kubur.Sekarang ini saya ada sahabat,ada rakan-rakan yg baik-baik,tapi jika saya mati esok,saya akan keseorangan!Hanya ditemani anatara si tua yg hodoh atau pemuda yg kacak.Dialah iman saya...saya akan terus menulis smpai saya meninggal dunia.Jika tiada kabar berita drpd saya,ketahuilah saya sudah mendahului anda utk ke alam yg lagi satu.


Posted by Unknown at 03:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

16790

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY