-->
lakaran pelangi

Senyumlah sayang..(^_^)


Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat. Ya Allah, bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu. Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu. Seindah apapun kenikmatan dunia, jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanyalah sia-sia. Ya Allah, biarlah seluruh dunia membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..
Posted by Unknown at 16:35 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menyakitkan..lalala.O.O


Every morning I have two choices: Continue my sleep with dreaming OR wake up and chase my dreams...???
Dalam dunia psikologi, apabila seseorang ketawa berlebihan walaupun atas perkara yang remeh, maka orang itu sedang dalam kesedihan. Apabila seseorang itu tidur berlebihan, maka dia sedang kesunyian. Apabila seseorang itu tiba-tiba jadi pendiam dan apabila dia bercakap, agak laju dari kebiasaan, bermakna dia sedang menyimpan sesuatu rahsia. Apabila seseorang itu tidak boleh menangis, maka dalamannya sangat lemah. Apabila seseorang itu makan dengan gelojoh dari kebiasaan, bermakna dia sedang stress. —

aku tak kisah kalau kamu fail dalam akedemik....tapi biarlah sekurang2 nya belajar dari kisah kehidupan....
Sometimes the people we've known for a short amount of time have the biggest impact on our lives, even more than those we've known forever.
♥::~~Ia menyakitkan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang anda tidak mahu melepaskan, tetapi lebih menyakitkan untuk meminta seseorang untuk tinggal apabila anda tahu mereka mahu meninggalkan...(T___T) :: ♥ ~~


Posted by Unknown at 03:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Doa Pembuka 12 pintu..


Doa Pembuka 12 pintu..

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."

 Hari ini saya ada peristiwa menarik utk dikongsikan dalam ini,tapi esok saat saya mati saya tak mampu menulis tentang saat sakaratulmaut saya itu,wlpun saya mahu berbuat demikian.Adakah ia sakit?adakah ia merimaskan?adakah saya sedang disiksa?adakah saya sedang dipukul?adakah saya sedang disoal?..Sy takut!Jika saya mat...i,maafkan saya kerana tidak memberi khabar berita kerana saya sendiri tidak tahu saat kematian saya.Jika saya mati esok,saya pasti kwn sekalian takkan sedar bahawa saya telah mati sehinggalah dtg seseorang membawa berita kematian saya ini. Lalu penuhlah ruang 'wall' sy dgn kata-kata takziah.Mungkin ada yg akan menangis utk saya.Sesungguhnya,saya tak mengharapkan itu semua.Saya cuma meminta doa drpd anda semua.Mungkin waktu itu saya sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk saya.Mungkin waktu itu saya sedang dipatuk oleh ular.Mungkin waktu itu saya sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga saya sedang menikmati lubang syurga.Saya pun tak tahu.Saya mohon,doa drpd kalian.Saya mohon,kalian maafkan salah silap saya.Saya mohon,kalian tolong langsaikan hutang saya(jika ada).Halalkan makan minum saya.Saya sayangkan ilmu2 ini,tapi saya pasti akan meninggalkannya.Dan jika ada sedikit manfaat drpd artikel-artikel tulisan saya,saya benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman saya di dalam kubur.Sekarang ini saya ada sahabat,ada rakan-rakan yg baik-baik,tapi jika saya mati esok,saya akan keseorangan!Hanya ditemani anatara si tua yg hodoh atau pemuda yg kacak.Dialah iman saya...saya akan terus menulis smpai saya meninggal dunia.Jika tiada kabar berita drpd saya,ketahuilah saya sudah mendahului anda utk ke alam yg lagi satu.


Posted by Unknown at 03:00 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pengorbanan...


♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..
:: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... "
... :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... "
TETAPI...
♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda.."
♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya.."
♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai ilang kaki...
♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...
♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...
#Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka...
♥ ♥ ♥
Posted by Unknown at 16:27 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY