Tuhan,
Aku memohon kepada-Mu...
Janganlah ilmu itu di akhirat...
Menjadi hujah dan saksi...
Mengapa aku tidak mengamalkannya...
Melaknatku kerana aku bermegah dengan ilmu...
Tuhan,
Aku memohon kepada-Mu...
Bertambah ilmu, bertambah amalku...
Bertambah dekat dengan-Mu, Tuhan...
Bertambah ibadah dan amalan...
Tuhan,
Jadikanlah ilmuku...
Boleh memimpin diri dan orang lain...
Menyuluh hatiku dan hati orang lain ...
Seterusnya jadikanlah ilmuku ini...
Sentiasa memberi manfaat dan syafaat...
No comments:
Post a Comment