Hidup ini kalau gembira sentiasa maka tidaklah pula dinamakan hidup. Hidup maknanya bernyawa. Untuk bernyawa, manusia bukan hanya perlu berdiam diri. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Dalam melakukan banyak perkara itulah kita akan sering bertemu dengan pelbagai keadaan. Ada yang menyedihkan. Ada yang menggembirakan. Namun tidak semua yang menggembirakan itu ialah sesuatu yang baik untuk kita terus hidup. Kadang-kadang kegembiraan itulah yang membuatkan hidup menjadi sukar. Dan bukan pula kesedihan itu selalu muncul dalam bentuk yang tidak baik, malah ada kalanya ia boleh mengajar dan membentuk diri kita menjadi lebih dewasa dan memberikan pelbagai pengajaran. Itu pun kalau kita mahu menoleh sejenak untuk memikirkannya.
Walau bagaimanapun tidak ada manusia yang mahu hidup dalm kesedihan. Lantaran manusia berlumba-lumba untuk mencari kebahagiaan dan sedaya upya mahu mengelak daripada kesedihan dan kegagalan. Namun tanpa disedari keinginan untuk mengejar bahagia itulah yang sering membuat manusia menderita. Sebagai seorang manusia yang diciptakan bertaraf hamba, maka hakikat yang sebenarnya patut disedari. Hidup bukan hanya untuk berketawa gembira kerana nafas bukannya selalu lancar seperti juga angin yang kadangkala berhembus kencang dan kadangkala berhembus lesu.
Redailah kamu kepada manusia
seluruhnya
Seperti apa yang kamu reda terhadap
dirimu
Redalah kamu kepada manusia
seluruhnya
Sesungguhnya manusia seluruhnya
Semuanya adalah saudara-mara jenismu
Bagi mereka diri sebagaimana dirimu
Bagi mereka juga perasaan
Sebagaimana perasaanmu
Ya Allah! Kubuka lembaran catatanku ini dalam perjalanan mencari cinta kepadaMu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada di hatiku. Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh daripadaMu. Telah kuterapung di langit kecewa bila hilang namaMu dari jiwaku. Ya Allah! Maka sehinanya sifat kehambaanku ini.... restuilah perjalananku ini dalam mencari cintaMu. Dalam meraih cintaMu. Agar tidak sesat berliku diriku ini di penjuru waktu. Ya Allah! Tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insan sedang tiada pula kasihMu di hatiku. Andai tiada juga kasihku untukMu di hatiku maka restuilah perjalanan batinku ini... di dalam mencari jalan untuk pulang kepadaMu dengan cinta yang suci..
Di mana pun berada, atau berapa pun jauh jarak
yang memisahkan, senyumlah dengan gagah dalam
menghadapi segala keadaan.
Berjalah terus tanpa memperdulikan apa yang
terjadi. Sembunyikanlah kesedihan di sebalik senyuman
No comments:
Post a Comment