Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, kekasih ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembuyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku, sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:(surah Al-Nahl:125)
Dengan rahmat dan kurnia ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaja tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih terlalu kecil dan merupakan ghuroba`(orang2 yang asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri.
Golongan ghuroba` inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa melainkan jiwa yang sarat dengan keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w."Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya kamu berpisah dari Al-Quran.
Duhai akhawat sayang fillah, si mawar mujahid, ketahuilah...
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhinya. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri, itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
Masing2 berusaha dan masing2 bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing2 kerdil terhadap ilahi. Sudah tentu di sana, ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.
Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli reda ilahi? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman, islam asing(gharib) kali kedua, hati2 yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba`. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang2 yang benar2 ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba` ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk kami sendiri untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubah hati dan mengubah sahsiah diri...
No comments:
Post a Comment