Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, kekasih ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembuyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku, sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:(surah Al-Nahl:125)
Dengan rahmat dan kurnia ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaja tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih terlalu kecil dan merupakan ghuroba`(orang2 yang asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri.
Golongan ghuroba` inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa melainkan jiwa yang sarat dengan keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w."Ingatlah bahawa islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya kamu berpisah dari Al-Quran.
Duhai akhawat sayang fillah, si mawar mujahid, ketahuilah...
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhinya. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri, itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
Masing2 berusaha dan masing2 bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing2 kerdil terhadap ilahi. Sudah tentu di sana, ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.
Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli reda ilahi? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman, islam asing(gharib) kali kedua, hati2 yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba`. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang2 yang benar2 ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba` ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk kami sendiri untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubah hati dan mengubah sahsiah diri...
Teristimewa Buat Adikku..(Miera Syg)
Adikku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaja.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Adikku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan bahawa dirimu, "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca dari wanita". Adakah kau mahu menjadi pnyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah duhai adikku sayang...
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu indah jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah,Syg..!!! Alangkah baiknya kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkna akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan bernama Adam.
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"...
Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga...
Amin...
My Dear, simple poem for u...
Forgetting u is hard to do...
But, forgettting me is up to u...
Forget me not, forget u never...
Forget this message, but not the sender...
I miss u because of Allah...

Dengarlah Duhai Temanku Sayang..
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas dengan kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau juga yang tanggung natijahnya,
"Sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian".(surah al-Tin:4)
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya,
"Allah akan mengangkat orang berima di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.(surah al-Mujahadah:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"Yuo are the best ummah".(Ali Imran;110)
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"(Al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan.
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka"(Al-Baqarah:201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan.
"Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."(Al-Alaq:12)
Sedarlah kita memikul amanah Tuhan.
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat belah(kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan)"(Al-Ahzab)
Ketinggian seseorang kerana iman.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman"(Ali-Imran:139)
Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha X istiqomah - malas / masa + yakin asas kejayaan,
"Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri"(Ar-Ra`d:!!)
"Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata :Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.(At-Taubah:59)
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha.
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang(Lyn),
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.
Luv u 4ever,dear...