-->
lakaran pelangi

surat buat adam..






adam yg kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya ..
tiangnya agama batinnya taqwa ..
ilmu teguh didada hatinya sarat cinta ..
cinta kepada allah dan rasulNYA ..
suluhannya bukan   nafsu semata2 tapi ihsan kaya dijiwa ..

adam yg kami rindui ..
terhibur dengan kalamullah ..
merasa manis dengan zikrullah ..
rindukan perjuangan rasullullah ..
cintakan sunnah kekasih allah ..
gagah menangkis mehna diakhir zaman yg penuh fitnah ..

adam yg kami rindui ..
mengemudi bahtera rumah tangga ..
petunjuk al-quran ..
petanya sunnah junjungan ..
panjinya islam sauhnya iman ..
layarnya taqwa pakaiannya sabar ..
semangatnya membara setiap ketika mengamit ketaatan ..

adam yg kami rindui ..
malamnya syahdu dek tangisan ..
tak terbuai dek lena yg panjang ..
munajatnya pilu penuh keinsafan ..
sujudnya penuh kehambaan ..
gentarkn neraka jahanam ..
agar x menyentuh anak isteri trsayang ..
C&P~
Posted by Unknown at 15:02 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Surat untuk seorang yg bernama hawa…





Cemburu ku melihat sang pungguk bermadu rndu dgn sang bulan..
Cemburu ku melihat sang helang terbang berdua-duaan..cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih sayang…
Tapi aku,terus kepilauan Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yg dulu..ku terbang bebas dalam duniaku ibarat sang helang yang gagahmelebar sayap diufuk timur,berani…ku ibaratkan.
Kau Hawa umpama sayap kiriku ini.lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki.ku terbang setinggi2 nya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan tanpa ada dinding yg menghalang tatkala sekali bayu kencang menujah,ku terbang rendah..
Hawa..
Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang.biarpun aku umpama helang yg gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan..namun andainya sebelah sayapku kuat tapi lagi sebelah sayapku tergeliat..ku tidak mampu menongkah ribut yg menggila mengikut haluanku..berat untukku mghadapi dgn sayap kanan…Cuma kau tau Hawa aku jadi derita.






Hawa…
Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan ku bawamu bersama dlm kepayahan kau memarahiku kerana egoku..kau leteriku semahunya tanpa kau dengari kalamku..
Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan..
Namun……
Tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.terbang dilangit tanpa batasan,sering ku terbabas,hilang arah dan panduan.ku harapkan kritikan serta pesanan brpanjangan agar ku tetap terbang di awanan menjadi jaguh helang terbilang..
Tapi….taffakur ku sejenak di pohonan ..
Hawa..kau diciptakan indah ,bukan daripd kepala untuk disanjung dan dipuja bukan jua drpd kaki untuk dipijak dan hamba sahya.tapi dari rusukku.dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dihati untuk disayangi dan dicintai..
Hawa..
Dulu ku perlukanmu sebagai teman berbudi,menemani tugas beratku sebagai khalifah dimuka bumi.kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri.tapi kini,keindahanmu yg sering ku puja,kau salah erti kau tampilkan mghiburkan dunia dengan susuk tubuh yg mengiurkan kaumku..
Kekaburan matanya brtelanjang.hatinya lemas ditelan keasyikan.ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??dimana hilang nya malu mu yg mnjadi hias pakainmu??tidak kau tahu…tubuhmu mnjadi hidangan enak oleh mata,tetapi racun pada jiwa.aku bisa trhumban ke neraka kerananya.kau guna keistimewaanmu untuk mggoda.air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melamah kan iman.
Oh hawa…
Aku rindukan hawa yg dulu,malu,trjaga,trpelihara.







Hawa..
Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati2 untuk diluruskan.lantaran itu ku datang bersama..bahawa antara kita saling prbaiki diri.dengarlah bisikan kasihku sesungguhnya aku rindukan hawa yg dulu,sesuci maryam seteguh asiah,setulus khadijah,setabah fatimah..namamu indah biarpun dimana disegenap jiwa kaulah ibu.trukir kasih dipaparan dada kaulah kekasih dirindui saban ketika.kaulah puteri pengubat duka ,penyejuk mata kaulah adik,pemberi semangat paling brguna kaulah mu’minah trukir indah disetiap dada.ketahuilah hawa..
Kau ku puja.kerana dari rahimmu melahirkn kaumku yg brhati waja .kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dan terjaga ..kerana keistimewaanmu teman hidup tempat cintaku brbicara.kerana kaulah ladang tanaman taman nafsuku yg brgelora kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia dan seisinya ..maka ku datang kepadamu hawa..membawa ubat dgn penuh cinta ubatilah dirimu..aagar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dan kedua-dua sayapku yg kuat dan mantap . agar bukan saja ku dapat menongkah angin dan kencang . bahkn sayapku brkibar penuh bangga mencipta angin…      
C&P~
Posted by Unknown at 14:57 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Surat Cinta Dari 'Future' Wife

by Blog The Other Khairul on Tuesday, 19 October 2010 at 22:44 ·


Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" 
You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?

Dear ONLY you.

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Hunny, you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandag lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu. Kenapa its okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang. I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh. Tambahan pula you, perlu ke bila ada someone suka kat I, si lelaki tu pergi bagi tahu seluruh dunia sampaikan bila I jalan depan budak-budak lelaki, deorang akan kenen-kenen kan I dengan orang yang sukakan I tu? I rimas tau.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah  macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."

With a lil help from Liyana Fadhillah Harris.

Sumber : http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-nasihat-dari-wife-masa.html
Posted by Unknown at 00:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Teman sejati..

Punyai teman yang datang daripada pelbagai golongan membuat saya mengerti sesuatu, hidup ini bukan hanya sekadar hitam dan putih.
Lalu hari ini saya mahu bercerita berkenaan seorang teman saya. Seorang teman yang punyai warna yang cemerlang, umpama cemerlangnya bintang kejora di langit hitam.
Dia pemuda yang hanya memahami satu perkara berkenaan hidup, apa yang perlu dibuat untuk esok, fikirkan pada esoknya. Lalu hari ini, khusus untuk hari ini. Hidupnya semudah itu. Tidak ada perkara yang membuatnya rusuh. Semuanya masalah ditangani dengan senyuman. Malah ketika matahari membara di kepalanya pun dia masih mampu tersenyum. Walaupun dia hanya berpakaian yang seadanya. Seluar pendek dan berbaju tidak berlengan.
Katanya, "Matahari memang dicipta untuk memberi cahaya, untuk memberi kepanasan dan bukan untuk meneduhkan. Lalu untuk apa mengeluh dan memberitahu dunia betapa panasnya matahari? Tugas kita manusia ini adalah bersyukur sekiranya sesuatu diletakkan pada tempatnya dan Allah tidak pernah silap meletakkan sesuatu pada tempatnya. Baik panasnya matahari, redupnya awan dan malah rawannya hati, semua itu Allah sudah tetapkan tempatnya. Jika kita mengeluh, umpama kita ini cuba memberitahu Tuhan yang Dia salah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Lalu kamu mahu menyalahkan Tuhan?"
Pelupuk jiwa saya terbuntang mendengar kata-katanya. Sungguh, dia pemuda yang istimewa, dan sungguh, kata-katanya tidak pernah gagal membuat hati saya bergetar.

Namun pada suatu hari saya mengerti sesuatu mengapa dia menjadi pemuda yang sering tersenyum. Mengapa dia menjadi pemuda yang hidupnya hari ini untuk hari ini dan esok untuk esok dan mengapa dia adalah teman yang cemerlang warnanya.
"Mengapa kamu begini?" tanya saya sambil mengaru dahi.
"Mengapa kamu bertanya begitu?" tanyanya pula dan ia sesuatu yang cukup saya tidak gemar. Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Jelas dia penggemar falsafah Yunani.
"Kerana saya melihat ia berbeza," jawab saya.
"Sekarang sudah masanya bulan Ramadan. Lalu apa salah saya berubah begini? Sedangkan artis-artis itu berubah.
Rancangan televisyen dan radio berubah, menu makanan berubah, wajah-wajah masjid berubah, mengapa saya tidak boleh berubah?"
"Tetapi mengapa kamu berubah seperti langit dan bumi?"
Pemuda itu diam sebentar dan menggeleng-geleng kepala lalu berkata lirih, "Kawan, kamu betul-betul tidak mahu saya berubah? Kamu lebih suka saya berseluar pendek separas paha dan tidak berbaju? Kamu lebih suka jika saya tidak menutup aurat?"
"Aduh, jangan meletakkan kefahaman yang salah pada kata-kata saya. Saya senang kamu menutup aurat tetapi mengapa begini?"
Sejak itu saya mengerti mengapa dia adalah teman yang cemerlang warnanya. Mengapa dia sering tersenyum untuk apa sahaja yang datang. Ternyata dia adalah golongan yang terlepas daripada segala jenis hukum ke atasnya. Mungkin dia adalah golongan syurga kerana dia begitu sejak umurnya sembilan tahun, namun Tuhan juga yang lebih tahu.
Posted by Unknown at 09:02 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ujian Itu Keuntungan | iluvislam.com discover the beauty of islam

Ujian Itu Keuntungan | iluvislam.com discover the beauty of islam
Posted by Unknown at 05:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AIR MATA, muhasabah cinta, sedih

Air mata..
Memiliki lebih dari seribu rasa..
Entahkan ada, entahkan tiada..
Sukar untuk diluah dek kata-kata..
Air mata..
Luahan sebuah jiwa..
Entahkan gembira, entahkan derita..
Hanya Dia Yang Maha Tahu segala rahsia..
Air mata..
Muncul saat iman diduga hebat tak terkata..
Wujud tatkala kita mula rasa lemah tidak berdaya..
Hadir dikala batin diasak dengan duka nestapa..
“…..Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam : 58)
Air mata..
Hadir di saat diri bahagia tak terkira..
Wujud dikala gembira ditambah riang tak terkata..
Muncul tatkala rasa suka melonjak di jiwa..
Air mata..
Wujud dikala kita semakin sedar akan kesilapan kita..
Hadir saat Tuhan rindu rintihan hamba-Nya..
Muncul tatkala jiwa mula menyesal akan dosa dan noda..
Air mata..
Satu kebahagiaan..
Satu kesedihan..
Satu penyesalan..
Satu khasiat dari Tuhan..
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Israa’ : 109)
Air mata..
Mendamba satu kekuatan dari-Nya..
Meminta satu ketabahan dari-Nya..
Memohon satu keutuhan dari-Nya..
Mengadu sesalan pada Yang Maha Esa..
Air mata..
Bahagia di dalam duka..
Ceria di dalam sendu jiwa..
Tidak mampu berkata-kata..
Hanya Dia Maha Tahu apa maknanya..
“dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” (Surah An-Najm : 43)
Mari alirkan air mata kerana-Nya..
Mari menangis bersama memohon keampunan-Nya..

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.”(Surah At-Taubah : 82)
Posted by Unknown at 08:40 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Surat Untuk Bakal Isteri

Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu ju...ga saya disini. Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.

Future adinda,

Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.

Ehem.

Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.

Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.

Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang.

Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.

Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung tudung pendek ni.

Future adinda tersayang,

Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.

Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww.! Mat bunga. Eww.! (again =.=)".

Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*

Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. Maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*

Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). See, saya tak cerewet, kan.?

Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah. (idea Khairul)

Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.

Future adinda yang comel,

Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.

So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Sebab saya sayang awak. And kalau awak dah pandai IT, saya mintak tolong satu benda. Tolong lah jangan baca blog saya. Sebab nanti awak akan cop saya 'gatal'. Walaupun saya setia orangnya.

Ihlas dari tulisan penaku,
Future Kekanda.....
Posted by Unknown at 13:13 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
... Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Posted by Unknown at 08:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi


Kha, 12 Jan 2012 14:44 | Mohamad Shyamimi Aliff Bin Mohd Zailani | Khairunnisa Assila
Print
alt
Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...
- Artikel iluvislam.com
Posted by Unknown at 13:17 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Realiti Kehidupan


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/187865_129075897192569_1118325982_q.jpg
Kalau bercinta ♥, jangan berkepit macam belangkas ♥, hantar surat berbelas-belas ♥, SMS berbalas-balas ♥, masa dating sebelah tandas ♥, ... berpeluk-peluk dalam bas ♥, asyik menjeling dalam kelas ♥, minum air perghh kongsi segelas ♥ ---> ..Bila ada konflik...<--- haa mula la nak frust ♥, nak tunai solat pun malas ♥, t...ak dapat tumpu study dalam kelas ♥, waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥, takut ♥ exam tak pass ♥, tup tup awek sendiri kena kebas ♥, kesian.. melepas.. So ♥♥, jadilah couple yang ada class ♥, berdating ikut lunas ♥, bergaul ada batas ♥, jaga maruah dengan tegas ♥, syariah dijaga dengan jelas ♥, tutur kata sentiasa beralas ♥, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥, janganlah bimbang ♥, cintamu pasti berbalas ♥♥♥♥ kikiki...♥♥♥♥♥♥♥♥
Posted by Unknown at 22:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

18 Sources of Barakah

1) Good Intentions.
2) Piety and Belief in Allah.
3) Putting your Trust in Allah.
4) Reading Quran.
5) Saying "Bismillah".
6) Eating with people.
7) Honesty in Trade.
8) Dua.
9) Halal Income/ money.
10) Following the Sunnah.
11) Praying Istikhara.
12) Giving Thanks to Allah.
13) Charity.
14) Tying Ties of Kinship.
15) Waking up early.
16) Marriage.
17) Salah.
18) Istighfar.
Posted by Unknown at 05:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Never Quit..

Believe in yourself.
Your vision of your future.
Keep your dreams alive.
Despite challenges along the way.
Don,t be afraid of change.
Grow and learn as you go.
Move ahead with confidence.
Always reach forward.
Challenge the impossible.
And risk yourself to the limits.
Opportunities ahead are endless.
Never quit until you win.
You have greatness within you.
Narture it with hope and passion.
There,ll be nothing you can,t do.
Posted by Unknown at 09:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dah lama da tak dengar khabar awak..

Hai beloved ku..Nor Syaharizan Ahmad Zamri..
Hope Nama awak ni tak salah..heee
Hai wak!
Da lama da tak dengar khabar awak..
Awak apa citer sekarang?
Awak sihat?
Saya rindu awak la,Ije!
Macam mana belajar?
Sem lepas, result saya teruk la..
Mungkin ada la hikmahnya tu kan..
Saya masih ingat janji kita..
Tapi saya tak sure la  awak masih ingat lagi ke tak..
Apa yang menimpa kita tempoh hari..
Amat menyakitkan la wak..
Terutama pada saya..
Saya bukan seorang yang kuat la wakk..
Tapi Allah dah kata..
Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu..
Dalam kata lain, Allah takkan membebani hamba2Nya..
Saya yakin sangat2 kita pasti akan semesra dulu kan..
Saya Tahu awak tak tahu pun apa yang saya rasa dulu dan sekarang..
Sama macam saya tak tahu pun apa yang awak rasa..
Awak dengan Fatin sama2 penting pada saya...
Dan kalau awak perasan saat kejatuhan saya kerana awak dan kerana Fatin..
Dua2 parah dan menyakitkan..
Love Both Of You So Much My Dear!!!
Posted by Unknown at 21:50 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rindu Awak Bagai Orang Gilak!!!~

Assalamualaikum...
Sangat2 merindui awak..
Awak pun tahu kan saya memang tak boleh berpisah dengan awak..
Beberapa hari lepas saya ada call awak..
Untuk dengar suara awak..
Untuk mengetahui khabar awak dan khabar ma awak..
Awak tahu kan...
Saya sayang ma macam saya sayang mk saya sendiri..
Dan kalau la awak tahu betapa sedihnya saya saat menerima khabar ayah awak dah takda suatu ketika dulu..
Saya nanges...
Seolah-olah saya kehilangan ayah kandung sendiri..
Mungkin da memang saya ni jenis manja kot..
Suka bermanja dan di manjai..
Saya tahu awak memang tak baca blog saya..
Tapi saya suka bercerita tentang awak di blog saya..
Kerana apa?
Kerana saya sayang awak sangat2!!!
Dan saya nak kawan dengan awak sampai ke syurga...
InsyaAllah..
Saya bahagia sekali dapat kawan dengan awak..
Awak tak pernah pandang rendah pada saya walaupun saya takda pakwe..
Dan awak selalu buat saya tersenyum dengan keletah awak..
Saya masih ingat lagi..
Kata awak,
Walaupun kita akan terpisah nanti...
Awak harap apabila kita jumpa kembali nanti..
Kita masih semesra sekarang/ dahulu..
Dan jika antara kita ni ada yang jadi doktor atau apa kerja sekalipun..
Jangan lah aku engkau cicirkan..
Awak pun tahu kan..
Saya tak reti nak mengayat..
Cuma, yang selalu saya bagitau..
Saya sayang awak..
Saya rindu awak..
Dan saya jelous la wak..
hehehe..
Saya sayang awak!!
Sayang sangat2 kat awak, Fatin Shahiera Harun..
Hope awak sentiasa bahagia dan sentiasa bawah Redha-Nya,
InsyaAllah..
T_T
Posted by Unknown at 21:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

..BERSEDERHANA ITU KEKAYAAN YANG NYATA..


   Mereka yang bersifat sederhana dalam semua hal tidak akan menjadi miskin. Jika perlu marah, marahlah tetapi usah trlupa dengan perkataan sabar. Jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang. Jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.
   Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur. Kalau mahu kaya,kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa dengan perkataan sedekah. Jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.
   Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa. Kalau mahu dua buah rumah,belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas. Kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.
   Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat. Kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat. Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cenburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.
   Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis. Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau. Orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya.
   Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia. Binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
   Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
   Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
   Sayidina Ali r.a.berkata,”Berakhiratlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.”
   Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin. Menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil. Beribadah jangan sampai semakin jahil.
   Kata sayidina Ali r.a.lagi, “Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lembut,”
   Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
   Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.  
Posted by Unknown at 21:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

View my complete profile

Blog Archive

  • October (2)
  • August (1)
  • July (4)
  • January (22)
  • October (4)
  • September (19)
  • August (28)
  • July (15)
  • May (47)
  • April (3)
  • March (6)
  • February (7)
  • January (2)
  • December (7)
  • November (15)
  • October (9)
  • June (1)
  • May (6)
  • April (4)
  • March (17)
  • January (7)
  • December (4)
  • November (14)
  • October (7)
  • September (2)
  • July (4)
  • June (3)
  • May (10)

Total Pageviews

My Favourite Site

  • Bicara Hati
  • The Official Fishy

Credit

ッ | ッ | ッ
edit by : HAFIZ ZULKAFLY